Followers

Monday, 16 April 2012

Kemasan Lantai

Setelah membuat beberapa perbandingan harga bahan untuk kemasan lantai, kami terpaksa berpuas hati dengan permaidani dinding ke dinding, sekadar menyambung kemasan sedia ada dengan warna permaidani yang sama. Mak Aji ingat pada awalnya mahu cari yang jenis bercorak tetapi menteri kewangan tidak memberi kelulusan! Oklah, tidak apa. Pak Aji (being the DIY person he is), macam biasa berasa yang dia juga mampu memasang sendiri permaidani - "Alah, mudah saja, sudah tengok mereka buat, bukan susah sangat!" - itulah kata-katanya. Untuk keluasan yang diperlukan, kami terpaksa membayar upah pasang sekitar RM350.00. Jadi, Pak Aji buat keputusan untuk memasang sendiri. Setelah mendapat bimbingan daripada pekerja kedai permaidani, maka Pak Aji mula dengan memasangnya di bilik utama. Setelah berjam-jam mengukur, memotong, mengacunya di bilik, meletak gam serta memasangnya, dia mengadu pening - bau gam yang cukup kuat (agaknya itulah jenis gam yang budak-budak dok hidu!)  Tangannya juga sakit-sakit, minta dipicit!

Waktu itulah Mak Aji memberi komen, "Itulah dia bayaran upah RM350 itu, supaya tidak perlu sampai pening/high dek terhidu gam, tidak perlu sakit tangan, tahu-tahu sahaja siap dan sempurna pemasangannya." Entah bilalah agaknya dua lagi bilik, ruang tamu serta ruang lorong ke belakang akan siap dipasang?? Tukang pasang DIY sudah bising-bising mulutnya! Lambat siaplah projek!

Lega!!!

Alhamdulillah monitor sudah kembali ke rumah! Boy kata gerai pamerannya (di UniKL) menang gerai terbaik kerana dekorasi yang cantik - kumpulan yang Boy ketuai rupanya membuat dekorasi berupa teknologi awam (cloud technology) menggunakan kapas dan yang seumpamanya!!  Sayangnya tiada foto yang dirakamkan. Sekurang-kurangnya monitor dapat memberi khidmat hingga menang - tumpang bangga! 


Monday, 9 April 2012

Mati Kutu

Boy, anak kedua Mak Aji balik pada hari minggu dan meminjam skrin komputer untuk projek dia yang bermula pada hari Rabu ini dan akan hanya memulangkannya pada hari minggu insya-Allah. Mak Aji mati kutu kerana usaha mengecilkan saiz gambar untuk dimuat naik ke blog tidak berjaya - Mak Aji bukannya pandai sangat! Keluar gambar sepenuh-penuh skrin lap-top, macam mana hendak dicrop?? Tidak boleh jadi nih, nampak gaya usaha memuat naik gambar kenalah tunggu skrin dipulangkan balik! Sehingga itu, nampak gaya entri blog akan hanya teks semata-mata!

Pastikan skrin cepat balik, tau Boy! Jangan lama-lama sangat, naya Mama!

Thursday, 5 April 2012

Sesungguhnya Berpencen itu Benar!!

Itulah kata-kata yang pernah diluahkan oleh seorang mantan pengarah kami dalam majlis mengenang jasa beliau setelah beliau berpencen. Setelah menjelangnya masa beliau untuk menamatkan perkhidmatan wajib, beliau mengaku bahawa beliau baru menyedari bahawa pada hakikatnya bukan sahaja mati malah berpencen juga benar! 

Jadi, sekadar untuk mengingatkan kita semua, sedarlah bahawa walau setinggi manapun pangkat, sebanyak manpun gaji, sebanyak manapun kuasa yang dipegang, suatu hari nanti kesemua itu akan hilang! (itupun dengan syarat Allah memberikan tempoh hayat yang mencecah usia berpencen - ada yang meninggal dunia sebelum pencen pun!) Hakikat inilah yang sering dilupai segelintir manusia yang begitu rakus dengan kuasa, begitu bangga dengan pangkat dan kedudukan. Sama-samalah kita berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan yang sebegini, insya-Allah!!

Sesungguhnya mati itu benar!!


JPA Luluskan Pencen Pilihan

Petang ini Mak Aji terima surat daripada JPA tentang kelulusan JPA bagi permohonan persaraan pilihan. Kelulusan ini adalah muktamad kecuali kalau Mak Aji sedang dalam proses tindakan tata tertib dan seumpamanya. Jadi, memang sahlah Mak Aji pencen ni! Usahlah kawan-kawan kecek lagi supaya tarik balik keputusan untuk berhenti kerja. 

Sebenarnya Mak Aji sudah bulat tekad untuk berhenti sebab itulah keputusan yang Mak Aji rasa yang dibuat selaras dengan gerak hati setelah membuat solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk daripada Allah swt. Mak Aji yakin inilah pilihan yang terbaik demi kehidupan dunia dan juga akhirat! There's no more turning back now my dear - no, I do not wish, in any way, to turn back! In fact I'm counting my remaining days!

Mungkin inilah aktiviti yang bakal ditempuh pada hari-hari mendatang:

Pak Aji kata mesti hadir kelas Habib Ali Zaenal Abidin
Hadir kelas mengaji - minta bantuan isteri Ustaz Akram                                              
Brush up on my qi gung moves.
Jadi tukang kebun walaupun tidak semuda dan selawa ini!!
I will surely grow - old - for sure!!
Do not mind getting my hands dirty!
Buat apa tu nek?? 
Paling tidak pun meluangkan masa dengan rakan-rakan yang sudah berpencen - masuk Persatuan Orang Pencen (POP)!

Simply having tea with a member of the POP group!
Tinggal berapa hari lagi ni?? Sebulan, dua bulan, ......


Tuesday, 3 April 2012

How Tempers Flare!

Apabila cuaca agak kurang menyelesakan dek kerana pagi-pagi lagi hujan turun, (dan ada kalanya sehingga sehari suntuk dan menyebabkan banjir sana-sini) maka sebagai pemandu kenderaan di KL ini, stres semasa memandu semakin terasa. Dengan cuaca yang kurang baik serta jalan agak licin, maka kecenderungan untuk berlakunya kemalangan jalan raya agak tinggi. Sejak sehari dua ini ada sahaja kemalangan di jalan raya menuju ke KL. Yang paling banyak kemalangan berangkai (chain collision - istilah baharu ciptaan sendiri!). 

Semasa balik petang tadi, di kawasan berdekatan dengan stesen komuter Sungai Buloh (menghala ke Kepong), berlaku lagi chain collision. Semasa Mak Aji melewatinya beberapa orang berdiri di luar tiga buah kereta. Seorang lelaki India sedang menerkam untuk menumbuk pemandu kereta yang melanggarnya (agaknyalah!). Sudahlah kereta 'cedera', silap gaya tuan kereta pula cedera kena belasah. Nasib baiklah beberapa orang lain berjaya menenangkannya! 

Di luar negara.
Di dalam negara kut?
Kesimpulannya: Dalam keadaan cuaca yang sebegini, amalkan pemanduan berhemah, perlahankan kenderaan, pastikan jarak antara kenderaan yang selamat! Keluarlah ke tempat kerja lebih awal agar tidak terkejar-kejar ke pejabat - biar lambat asal selamat!!      

Monday, 2 April 2012

Murah Rezeki

Murah rezeki Mak Aji pada hari ini sebab ada kawan yang baru pulang dari Paris menghadiahkan beg yang memang Mak Aji cukup suka sangat. Tidak apalah tuan beg tidak berkesempatan pergi, dapat merasa pakai beg dari sana (sebenarnya buatan Vietnam, tetapi tetap dibeli di Paris, kan!!). Selain itu, kawan itu juga, Ros, memberi hadiah sedikit terawal, hadiah sempena Mak Aji hendak berpencen nanti (in advance! - macam Touch n Go pula!). 

Seorang lagi kawan yang pernah menjadi anak buah di bahagian lama tempat Mak Aji bertugas, Aida, memberi pulut kuning dan rendang sempena hari lahirnya pada 1 April, semalam! Berikut foto yang ingin dikongsi:

Hadiah beg dari Paris!! Suka sangat!
Hadiah sempena pencen pilihan menjelang 1 Julai 2012!
Pulut kuning dan rendang.
Terima kasih banyak-banyak Ros dan Aida atas pemberian!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...