Followers

Thursday, 21 August 2014

Rumah Baru, Hidup Baru


As-salam.

Petang semalam Mak Aji dan Pak Aji diajak oleh anak dan menantu untuk melihat rumah baru mereka yang sudah hampir siap dibuat ubah suai. Insya-Allah hujung minggu nanti bolehlah siap sepenuhnya. Mari Mak Aji kongsikan:

Zhafran dan Mikhail di hadapan rumah mereka.
Dari pintu gelongsor hadapan. Ruang yang agak luas - boleh memuatkan
3 kereta.
Ruang tamu yang sudah dibesarkan sedikit - dialihkan ke hadapan
pintu gelongsornya.
Ruang tamu.
Ke arah dapur serta bilik dan bilik air di tingkat bawah.
Dapur.
Mak Aji suka warna dan corak jubin yang digunakan.
Bilik tidur utama.
Bilik air di bilik tidur utama.
Salah satu daripada 3 bilik di tingkat atas.

Mak Aji terlupa pula untuk merakam foto ruang di belakang rumah. Agak besar juga, boleh dimanfaatkan untuk dapur basah, ruang membasuh kain baju serta menyidai kain. Pun cukup ruang untuk bertanam (dalam pasu sebab semua ruang bersimen).

Selesai meninjau rumah, haus pula tekak. Mak Aji ajak mereka untuk pekena teh tarik tetapi mereka mahukan cendol di Kuang. Maka ke situlah kami. Bukan sahaja cendol yang mahu dimakan, malah mi udang dan asam laksa serta banana cheeselah pulak!:


Mi udang.
Asam laksa.
Banana cheese.
Cendol special - ada jagung, kacang merah, pulut, durian dan keladi!

Kepada Zhafran dan Mida, tahniah mama ucapkan kerana beroleh rumah sendiri semasa usia masih muda lagi - itulah rezeki namanya. Semoga hidup baru yang bakal ditempuh akan membahagiakan anda bertiga (berempat, berlima dan seterusnya!). Jangan lupa bahawasanya segala apa yang kita ada pada hari ini hanya pinjaman daripada Allah SWT dan seharusnya kita sentiasa bersyukur atas segalanya  kepada kita dan apa lagi cara yang sebaik-baiknya untuk menunjukkan tanda syukur kita - taat kepada segala perintah dan suruhannya serta menjauhi segala larangannya. Zhafran sekeluarga tidak lama lagi akan sebumbung dengan mama dan abah, jadi ingatlah pesan mama ini.



8 comments:

Umm AA said...

Salam makji,
tahniah tuk zhafran & mida...rezki pasangan muda..cantik ubah suai rumah mereka nie kan..nampak lapang dan luas gitu..:)

kakmonie said...

kat mana ni Mak Aji? Cantiknya rumah, muda-muda lagi dah ada rumah, TAHNIAH

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Alhamdulillah murah rezeki mereka. Rumah ni tiada ruang keluarga di atas, cuma di bawah sahaja tetapi dah ok sangatlah untuk mereka yang masih belum ramai anak.

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Rumah ni kat Bkt. Beruntung, kawasan perumahan yg sama dgn Rozninah KB Multimedia. Kat sini rumah masih murah sebab jauh sikit dr KL. Menantu Mak Aji kerja kat Bkt. Beruntung. Family dia ramai kat sini - abang, nenek, pak cik, mak cik dia. Pun tak jauh dr Sg. Buloh ni. Alhamdulillah murah rezeki mereka.

Juls Julie80 said...

Alhamdulillah...murah rezeki..muda2 dah ade rumah.... suka tgk corak jubin tu..warna tahan kotor..hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Alhamdulillah, memang murah rezeki dia anak beranak. Mak Aji pun suka, gaya moden sikit, he he, juga tahan kotor!

nurbijen said...

Tahniah utk anak dan menantu mak Aji... Saya pun suka pilihan jubin bahagian dapur tu... nampak moden... Mula lah berangan nak ubahsuai dapur sendiri jugak nanti... Kena kumpul modah dulu.. hihihi

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Terima kasih. Cantik, kan. Dah lama x meninjau jubin sbb xde buat apa2 projek kat rumah ni. Tentu byk corak2 baru yg comey2. Berangan jangan x berangan. Bawa balik byk2 modal tu, byk yg boleh buat nanti. Mak Aji pernah ada jiran yg suaminya kerja Malaysian Student Dept. di US, mrk bawa balik sekontena perabot rumah! Nanti Nur tempah kontenalah sekali ya, byk brg boleh isi tu!Selain brg rumah org biasa bawa balik kereta, kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...