Followers

Tuesday, 17 September 2013

Makan, Minum, Mandi Air Hujan!

As-salam.

Beberapa hari lepas sepupu Mak Aji melangsungkan perkahwinannya dan untuk memeriahkan majlis ahli keluarga kami datang dari jauh dan dekat. Ini termasuklah anak buah Mak Aji, Irfan yang sekarang bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman P3 Sarawak! 

Ingin Mak Aji berkongsi cerita tentang Irfan ini sebab Mak Aji sebenarnya belum pernah mendengar kisah pendidik yang diberi penempatan di dalam hutan ini! Cuba bayangkan seorang anak muda yang lahir dan membesar di Kota Bharu tiba-tiba di hantar ke sana! Kejutan budaya besar yang teramat tentunya!

Mengikut kata Irfan, dia menaiki pesawat dari KL ke Sibu, seterusnya menaiki feri selama 2 jam dari Sibu ke Song. Dari Song dia akan menaiki perahu berenjin untuk sampai ke sekolahnya. Perjalanan berperahu memakan masa 5-6 jam. Jika air surut dia terpaksa membantu mengangkat perahu apabila tiba di beberapa jeram sepanjang perjalanan itu. Jika air pasang tidak perlulah dia berbuat demikian! Oh ya, rupa-rupanya sebelum menaiki perahu ada pula etika berpakaian! - lelaki mesti pakai seluar pendek manakala wanita perlu memakai tights - langkah keselamatan (sekiranya berlaku perahu karam penumpang boleh berenang dengan mudah!! Untuk pengetahuan juga, jika sebuah perahu tersebut dicarter, perjalanan pergi balik memakan belanja RM600! Jadi, untuk menjimatkan belanja perlulah dicari kawan agar kosnya dapat dikurangkan.

Rumah guru memang disediakan walaupun agak kurang selesa. Bekalan elektrik memang ada tetapi bekalan air hanyalah daripada air hujan semata-mata! Jadi, air hujan sahajalah menjadi sumber yang digunakan untuk tujuan makan, minum, mandi, memasak dan selainnya! 

Abang ipar Mak Aji ada bercerita tentang seorang guru perempuan yang juga bertugas di pedalaman Sarawak. Katanya guru itu setakat ini sudah mengalami dua kali keguguran kandungannya sejak bertugas di sana dan sekarang mengandung buat kali ketiganya. Sekarang dia sedang berusaha sedaya upaya untuk bertukar ke sekolah lain yang kurang sedikit cabarannya!

Setiap kali melihat wajah Irfan, terasa sedih mengingatkan apa yang perlu dihadapnya setiap hari sepanjang berada di sana! 

Kasihan Irfan yang terpaksa minum air hujan!

Betapa besar pengorbanan seorang insan bergelar pendidik! Sabarlah Irfan, dalam setiap kesusahan itu ada kebaikannya. Semoga segala kesusahan yang dialami dikira sebagai ibadah jua. insya-Allah!




6 comments:

Kamsiah yusoff said...

anak sedara saya,perempuan pun baru diposting ke pendalaman Sarawak-Kunawit ka apa tah namanya
mcm tu la perjalanannya-naik flight 3 kali,naik teksi 6 jam,sambung naik bot...turun bot,jalan kaki 2km utk kesekolah
kat sekolah,takde kantin,cikgu2 pakat masak sendiri...kuartes kosong takde..terpaksa menumpang kawan(cikgu)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Itulah kasihan mereka ni. Elok sampai ke sekolah lembik! Samalah tu, xde kantin, kena masak sendiri, nasiblah pandai masak. Yang masalah nombor satu tu air, ade ke pakai air hujan!? Katanya air bukit takde sebab tempat tu tinggi.

Umm AA said...

Mencabarnya ya Allah kehidupan pendidik yg dihantar kesana..sedang mrk yg bekerja dikota mahpun mana2 tpt disemenanjung hidup senang lenang..moga en.irfan tetap tabah dlm mendidik anak bangsa...

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Itulah hakikatnya. Betapa berat mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul! Terima kasih atas doa itu!

QA's ~ mamapapa said...

salam mak aji...menangis sy baca coretan kali ni..ye betul....prjalanan karier perguruan irfan bermula dgn segala kepayahan...semoga beroleh pahala yg setimpal...sesungguhnya di bandar besar lain plak cabarnnya kan....apepun,doa kami sbg guru setiap masa..biarlah apepun penilaian manusia,penilaian Allah yg lbih kami harapkan ....

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Memang gurulah yang lebih faham akan cabaran yang dihadapi oleh rakan sekerja (thus the tears!). Mak Aji pun terkejut bila dimaklumkan yg anak2 murid sekarang ni nak dijentik guru pun tak boleh, apa kali pukul! Betul tu, kita serah sahaja kepada Allah SWT untuk menilai segala sumbangan agar menjadi ibadah jua, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...