As-salam.
Pada hari ini Mak Aji hadir ke majlis kenduri kahwin kawan baik Madihah, iaitu Azlina, kawan sekolahnya semasa bersekolah di SMK Tropikana beberapa tahun lepas. Azlina mahukan Madihah menjadi pengapitnya tetapi apakan daya Madihah baru sahaja kembali ke Surabaya untuk meneruskan pengajiannya. Walaupun begitu, Mak Aji menjadi pengganti dengan hadir untuk meraikan Azlina.
Mak Aji buat pertama kali hadir ke majlis kenduri kahwin yang dianjurkan oleh masyarakat India muslim. Ternyata ada sedikit perbezaan dari segi adat (tentunya bahasa), namun acara tetap meriah. Layan beberapa foto di sekitar majlis tersebut yang diadakan di dewan besar MATRADE.:
|
Bergambar dengan pengantin. |
|
Latar seumpama di dalam filem Hindustan! (spiral stair case!) |
|
Bunga api dipasang sebaik sahaja pengantin naik ke pentas. |
|
Hiasan di laluan masuk pengantin ke dewan. |
|
Bergambar di dewan yang permai. |
Alhamdulillah selesai sudah majlis dan Azlina sudah menjadi isteri orang. Moga Azlina dan Khalid berbahagia hingga ke Jannah! Amanah Madihah juga tertunai sudah. Hadiah untuk Azlina seperti yang diminta dibeli oleh Madihah sudah ditunaikan dan sudah selamat dihadiahkan kepada Azlina. Pasti dia tersenyum apabila membuka hadiah daripada Madihah!
2 comments:
salam,mak aji...wahhhhh..mmg meriah sggh majlisnya kan...ada nari2 ala2 filem hindustan tak,mak aji?ehheheheh!!
Salam QA,
Memang cukup meriah, ibarat berada dalam adegan filem Bollywood, cuma yang menari2 tu takdelah. Yang bagusnya tu 99% hadirin Indian muslim, jadi seronok perhatikan pakaian mereka, ada yang berjubah hitam, ada yang bersari dengan bercoli dan menampakkan perut dan yang bagusnya ada yang bersari tetapi colinya berlengan panjang dan bertudung di bawah sarinya, lengkap menutup aurat! Very steep in tradition and also religion!! Oh ya, semangat kekitaan mereka yang berasal dari South India ini cukup kuat. Berejam selepas kenduri mereka berlegar-legar bertemu mesra sesama mereka.
Post a Comment