As-salam.
Pada hari ini genaplah setahun Mak Aji bersara! Sungguh cepat masa berlalu. Tentu ada yang tertanya-tanya - apa yang dibuat bila tidak bekerja?? Banyak sebenarnya yang dibuat! Seorang suri rumah sepenuh masa sememangnya tidak menang tangan membuat kerja di rumah yang tidak pernah habis-habis!
Pak Aji ada mengejek Mak Aji dengan berkata - saya ada satu sahaja ofis sambil menuding biliknya manakala awak pula (Mak Aji) ada empat ofis, di meja komputer (dengan blog dan segala bagai), TV (dengan saluran 728, 707, 703 dan yang selainnya), dapur serta seluruh rumah (mengemas, mencuci, memasak dan sebagainya) dan yang akhir sekali di laman melayan pokok! Dalam diam rupa-rupanya Pak Aji memerhati setiap gerak langkah isterinya ini! Katanya lagi Mak Aji sibuk dengan ofis yang banyak itu hinggakan dia diletakkan ke nombor 10 dalam senarai prioriti! Alahai terasa terabailah pulak dia!
Foto sekadar hiasan. Sumber foto: makingitallfit.com |
Oklah kalau begitu, terpaksalah kita sebagai isteri membetulkan keadaan apabila suami mula terasa dia diabaikan! Semakin berusia semakin memerlukan perhatianlah pula ya!!
2 comments:
eheheh!!!pandai pak aji susun ayat nak sampaikan mesej rasa trabai tu,ehehe!!rilexla pak aji...nama pun wanita ..multitask gitu :))
Salam QA,
Itulah pasal, semakin tua semakin manjalah pulak! Begitulah dia, org lelaki yg x biasa multi-tasking, berbanding kita yg semacam ada 10 tangan! Hai, kenalah Mak Aji layan ya! :)
Post a Comment