Followers

Wednesday, 3 July 2013

Happy Birthday Nur Aleesya Sofea!!

As-salam.

Semalam kami bercadang ke JB untuk menziarah anak cucu di Skudai. Pak Aji masih letih dek perjalanan kami balik kampung tempoh hari. Jadi kami menangguhkan perjalanan ke pagi ini. Selepas bangun untuk solat Subuh Mak Aji perasankan sms yang diterima tengah malam tadi dan sejam berikutnya. Sekitar jam 12.00 malam menantu Mak Aji, Nadia dimasukkan ke bilik bersalin dan sekitar jam 1.12 pagi alhamdulillah lahirlah cucu perempuan pertama dan cucu ketiga Mak Aji! Gembira tidak terkira kami menyambut kelahiran Nur Aleesya Sofea ke dunia ini! Nampak montel bukan, cuba teka beratnya! 3.6kg dan lahir secara normal. Sebenarnya itulah berat badan Nadia semasa lahir dahulu.

Sebenarnya barang-barang Along sudah berada di pintu hadapan agar tiada yang tertinggal untuk dibawa ke JB kononnya pada pagi ini! Walau bagaimanapun kehendak Allah SWT melampaui segala-galanya. Nampak gayanya lain kali sahajalah kami ke JB. Apapun, I need to make a very good explanation kepada cucu-cucu yang menunggu-nunggu kedatangan kami ke JB! (aiyooh, better be a good one!).

Oklah, perkenalkan anggota baru keluarga besar kami! (drum-roll please!!!):

My new bundle of joy!!!

Tembam tidak saya ni??

Tahniah diucapkan kepada Hanif dan Nadia atas kelahiran cahayamata pertama. Moga puteri sulung ini akan menjadi anak yang solehah, amin!!



6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah,dah selamat. Seronok sungguh nenda nampaknya..jeles ler yg kat JB tu..nama pun sedap. Berlawan lawan pulak you ngan cikNing ye! Apa2 pun jgn sampai terlupa kat atuknya bila dah seronok dok golek ngan baby tu...awas!

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Memang seronok nendanya! Rumah penuh dengan semua anak menantu kecuali Along - itu yang dia jeles sangat x ada kat sini! Cik Ning siap beri warning kat I, "bersiaplah untuk berjaga malam, he he!" Alhamdulillah cucu ni x meragam, sekadar nangis bila lapar dan minta ditukar lampin aje, so far so goodlah! Malam pun takat ni x berjaga. Atuk mestilah prioriti gak, nanti merajuk pulak dia! He he!!

QA's ~ mamapapa said...

salam mak aji,alhamdulillahhhh...sapat cucu baru :)))) cantik namanya..moga ,e,besar dgn sihat ye sofea..moga jadi anak yg soleh :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Terima kasih. Insya-Allah amin!! :):)

Aida Salleh said...

Alhamdulillah...Tahniah Kak...makin berserilah keluarga dengan hadirnya permata baru ini kan? Semoga Nur Aleesya Sofea menjadi seorang anak yang taat kepada Allah dan patuh serta berbakti kepada orang tua.Insyaallah...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Lama tak jumpa ya! Terima kasih! Insya-Allah, aminn!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...