Followers

Tuesday, 18 June 2013

Melayan Anak Dara

As-salam.

Anak dara Mak Aji, Madihah sudah kembali dari Surabaya tanggal 13 Jun yang lalu. Adiknya Asyraf pula akan kembali pada tanggal 2 Julai. Kedua-duanya bercuti sehinggalah sekitar 2 minggu selepas Syawal nanti. 

Seperti biasalah bila anak-anak balik, pelbagai permintaan yang perlu dipenuhi. Madihah yang bilik tidurnya ditukarkan ke bilik sebelah untuk memberi laluan kepada abangnya yang baru mendirikan rumah tangga (bilik yang bersebelahan bilik air -tiada en-suite - cewah, sudah lama hendak gunakan perkataan ini, baru sekali ini yang sesuai menyebutnya, he he!! Syok sendiri!). Pengorbanan melepaskan bilik diberi penghargaan dengan mengecat biliknya dengan warna yang dia pilih sendiri, soft grey - in-colourlah kononnya! Sebenarnya memang itu juga warna yang Mak Aji suka pun! Semalam pun hari melayan anak dara juga. Kami ke IKEA untuk mencari rak untuk kitab-kitabnya yang dibawa balik - tidak digunakan lagi sebab selepas raya ini akan bermulalah semester baru. Pun diperlukan pelbagai barang lain, soft-boardlah, cangkuk untuk gantung segala macamlah..... and the list goes on and on! Pak Aji pun punyalah melayan anak daranya ini - kalau Mak Ajilah, tiadanya mahu dia menunggu kita selama dia menunggu anak daranya ini mendapatkan barang! 

Pak Aji pun tumpang sekaki, mahu juga dia meja tulis serta kerusi untuk 'ofis'nya! Kalau Mak Aji berofis di tepi meja makan bersebelahan dapur, 'ofis' Pak Aji merupakan tempat dia berzikir, mengaji serta membaca kitabnya, juga tempat kami solat berjemaah sekali-sekala apabila ada tetamu berkunjung ke rumah (kalau tidak kami solat di suatu sudut ruang tamu sahaja). 

Hari ini setelah membeli cat, bermulalah sesi mengecat bilik anak dara. Insya-Allah esok selesailah semuanya termasuk mengemaskan semula bilik itu. Biarlah dia syok sendiri dengan bilik 'baru'nya, kut ya pun dia balik sekali dua sahaja setahun! 

Asyraf, Pak Aji dan Madihah semasa menziarah makam ulama
di Gresik, Indonesia tempoh hari.

Tidak beberapa hari lagi Asyraf pula yang akan pulang, entah apalagi yang dimohonnya! 


6 comments:

Aida Salleh said...

meriahlah rumah bila madihah dan asyraf dah ada rumah ya kak....mesti akak pun busy memasak je nanti :-)

Elham said...

hehehe...tergelak baca akak kata dah lama teringin nak guna that particular word hehehe....sbb saya pun selalu ada je words yg nak guna dan bila dpt guna, rasa syok sendiri!!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Alhamdulillah dah meriahlah dengan adanya Madihah. Balik Asyraf lagi meriahlah lagi! Masak2 layan anak dah mulalah, termasuklah akan layan kawan sepengajiannya sekali insya-Allah Sabtu ni.

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

he he, sekapal kita ya! Itulah dok dengar org je sebut, sedap je bunyinya! Dok tunggu je peluang nak guna kata tu. Dah lepas dah gian sebut kata tu. Dok nak cari apa lagi kata yg best yg nak boh lagi, he he!!

QA's ~ mamapapa said...

seronokkan mak aji,..meraikan kepulangan anak2:))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Maaf, balasan tertunda. Memang seronok meraikan mereka pulang sebab setahun sekali sahaja mereka balik. Kalau nak ke sana semasa mereka cuti maulid nanti dah agak payah dah sikit sebab nak kena jaga cucu pulak, kecuali angkut si kecik sekali!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...