Followers

Saturday, 8 June 2013

A Hectic Week

As-salam.

Mak Aji baru boleh menarik nafas lega pada hari ini. Selama seminggu yang lepas waktu berlalu terlalu pantas sehinggakan tidak terkejar rasanya. 

Kedua-dua anak Mak Aji yang belajar di Surabaya mula menduduki ujian (Madihah) pada 1 Jun (Asyraf bermula dan tamat sedikit lewat) hingga 10 Jun. Seperti biasa apabila anak-anak menghadapi ujian, kami diminta berpuasa agar doa daripada kami (sebagai ibu-bapa) yang mereka akan berjaya itu mudah dimakbulkan Allah insya-Allah! Dek kerana itu jugalah undangan majlis kahwin daripada rakan-rakan sepejabat tidak dapat ditunaikan walaupun sudah memberi maklum akan insya-Allah hadir. Mohon maaf berbanyak-banyak atas ketidakmampuan untuk hadir (segan pula untuk memaklumkan tidak dapat pergi kerana kita berpuasa). 

Selain berpuasa serta kekalutan membuat persiapan untuk majlis akad nikah anak Mak Aji, Zhafran, Mak Aji menerima panggilan telefon daripada ibu dan juga bapa saudara di kampung agar Mak Aji membantu menyemak tesis phD anaknya yang menyambung pelajaran di Korea Selatan. Serba-salah juga dibuatnya tetapi memandangkan mereka memohon bantuan, Mak Aji bantulah juga. Mak Aji peruntukan masa tiga hari untuk menyelesaikan kerja menyemak hampir 200 halaman tesis tersebut. Alhamdulillah kerja selesai dan tumpuan sepenuhnya diberikan untuk majlis akad nikah pula. 

Semalam majlis berlangsung dan semua anak menantu yang kembali ke rumah Mak Aji untuk majlis itu sudahpun sudah ke rumah masing-masing. Ada yang bekerja pada hari ini dan ada juga yang perlu balik awal untuk persiapan anak-anak sekolah pada hari Isnin nanti. 

Kedua-dua blog Mak Aji pun terpaksa ditinggal bersawang selama beberapa hari. Blog kawan-kawan blogger pun tidak sempat dijelajahi. Apapun, I'm back and very happy to be back!! 
Fuhhh, lega!!

6 comments:

Unknown said...

pas ni boleh rehat ye.. (",)

Ummu Madihah said...

Salam Zila,

Alhamdulillah hari ni dah boleh rehat dah! Tapi, kan sunyilah pula, tinggallah kami berdua je kat rumah. Anak bujang yg sorang yg belum kahwin gi kerja masuk jam 7 pg sampai 7 malam (graveyard shift). Alahai boringnya.

QA's ~ mamapapa said...

alhamdulillah..dah lega ye mak aji?:) dapatla mak aji berehat2 sebelum pulun untuk kenduri lepas bulan puasa nanti plak ye :)

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Alhamdulillah memang lega, macam terlepas daripada hutang! Betul tu, pasni nak pulun utk kenduri pulak! Banyak lagi yg belum beres tu!

Bunda_nora said...

assalam,

Alhamdulillah...moga dipermudahkan segala urusan...

p/s: tentang supplement cosway tu bolih jer dimakan sebagai perlindungan awal..

kalu just nak cari barang supplement cari Farmasi Cosway.. just jual makanan/vitamin untuk kesihatan..

Yang ni baru lagi.. yang premis e-cosway biasa tu ada jgk jual supplement ni bersama bermacam2 lagi barangan lain dan kelengkapan rumah..

kalu nak elok lagi ada jugak susu tepung khas untuk tulang..lbh kurang susu anlene...

pergi sana just tya nk cari vitamin untuk sakit sendi/joints dorang tahulah..

Bio Glucosamine 500..yg biasa
Bio Chondroitin...yg ni mcm booster, fungsi sama tapi lbh power
bagus digabungkan kedua2 sekali..

Dulu cosway...sekarang e-cosway..tambah lg yg baru cosway farmasi..

Ummu Madihah said...

Salam BUNDA,

Terima kasih banyak2 atas info yang diberikan! Susu Anlena memang dah simpan stok kat rumah. Insya-Allah akan dicari, harap2 boleh hilangkan bunyi kruk krak kat kaki setiap kali bangun duduk terutama bila solat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...