Followers

Wednesday, 12 June 2013

Kereta Turun Harga!

As-salam.

Siapa yang tidak seronok apabila PM sebut harga kereta akan diturunkan!! Memang itupun salah satu yang dijanjikan oleh parti pembangkang. Yang untung penggunalah, gara-gara manifesto pembangkang, kerajaan BN pun turut sama  menurunkan harga kereta! 

Dengar khabar kerajaan akan menurunkan harga antara 20-30% secara berperingkat-peringkat hinggalah 2017. Sekarang harga kereta katanya sudah diturunkan walaupun peratusannya tidaklah sebesar mana. Perhatikan senarai di bawah:

Model kereta serta peratus penurunan harga di pasaran setakat ini:-


Model                Peratus harga turun
Peugeot 308                     11 %
Volkswagen Golf               7.1 %
Perodua Viva                     5.4 %
Perodua Myvi                    4 %
Proton Pesona                   3.8 %
Perodua Alza                     3.4 %
Proton Preve                      3 %
Honda Jazz Hibrid              2.5 %
Proton Saga                       1.1 %
Proton Exora                      0.7 %





Nampak gayanya kereta yang Mak Aji suka tiada dalam senarai di atas - kalau begitu terpaksalah Mak Aji tunggu sehingga 2017 sehingga kereta kegemaran Mak Aji tersenarai dengan harga potongan 30% daripada harga asal!!

Amacam, cantik tak kereta yang bakal dibeli pada tahun 2017 ini??

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

UNSER suami saya ni...dah pencen nanti baru habis bayar...adoiiii...

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Takpe jugalah pencen habis bayar, ada yang pencen baru mula buat hutang kereta, lagi parah!

QA's ~ mamapapa said...

salam,mak aji...hukhukhuk!!samala kita..kereta idaman kita belum turun harga lagi :((

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Mak Aji saja je sebut nak tunggu tu sebab dah tau dah kereta tu rege sure x turun punya, he he, naik mahu dia. QA pula x payah tunggu lama, x lama lagi dapatlah tu, orang buat keje full-time, part-time lagi, cepatlah dapat! Mak Aji ni keje pun xdak dah. Harap pencen cenonet je!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...