Followers

Monday, 24 December 2012

Jalan-jalan Surabaya

As-salam.

Pada jam 9 pagi kami siap bersarapan di hotel dan sebuah van (masih berbau kedai barunya!) sudah menunggu kami untuk dibawa berjalan-jalan di Surabaya.

Kami ke kota Surabaya dan terus ke Pusat Grosir Surabaya atau PGS ('peh geh es' kalau ikut sebutan mereka!), sebuah tempat membeli belah secara borong. Setelah itu kami ke Ampel (makan tengah hari di situ), seterusnya ke Mitra (tempat membeli keropok, belacan dan lain-lain). Setelah menyinggah untuk makan malam, kami balik ke hotel keletihan!

 
Bersiap sedia untuk jalan-jalan.
Di tepi jalan berhampiran PGS.
Dari dekat - pelbagai barangan kayu - skirting, kayu pemanis dan sebagainya.
Tugu Pahlawan

Sejenis makanan agaknya - pohong???
Bangunan Pusat Grosir Surabaya.

Pada hari kedua, kami bermula awal, sekitar jam 7 pagi (waktu Subuh masuk sekitar jam 4 lebih pagi!!). Kami terus menuju ke Malang, menuju ke Batu. Destinasi kami, kebun epal dan strawberi. 
Dengan membayar 54,000 rupiah seorang (kami berlapan) kami mengambil pakej seperti di bawah:

Pilih sahaja pakej yang sesuai untuk anda!
Buah dan sayur yang dijual.
Strawberi yang dijual.
Lettuce merah yang ditanam.
Buah markisa dalam perjalanan ke kebun strawberi.
Pokok strawberi di tanam di dalam karung di tanah.
Bunga strawberi.
Madihah dengan empat biji yang dipetiknya.
Mak Aji pun enter frame gak!
Yum yum!!
Singki disediakan untuk bersihkan strawberi yang dipetik.
Buah, jus serta puding strawberi!
Penkek strawberi.
Di hadapan chalet di kawasan kebun apel.
Pokok apel yang sarat dengan buah.
Seorang dibenarkan untuk memetik dua biji sahaja.

Setelah seharian jalan-jalan, masing-masing balik keletihan. Walaupun begitu, Mak Aji, kakak serta Madihah (tukang tunjuk tempat) ke spa di Pasuruan - program kaum ibu! Tunggukan entri seterusnya!!


Catatan: Anda juga boleh merujuk www.greenfingers898.blospot.com untuk menatap foto lain yang berkaitan dengan kunjungan ke Surabaya ini! Enjoy!




3 comments:

AsiahRSC said...

Banyak beli barang tak Shimah?

Ummu Madihah said...

Salam Siah,

Takde beli apa Siah, sekadar dua pasang baju cucu, ketayap, jubah sehelai dua aja. I bawa baju dah banyak sbb dah tau lama kat sana itupun ada excess baggage sikit, u taulah kalau AirAsia cekik darah kalau excess! Lain kali kalau nak gi, bawa baju sehelai dua aje, nanti beli aje baju kat sana. Pendek kata pergi xde luggage cuma bawa handluggage, balik beli beg dan penuhkan di sana nanti, he he!!

AsiahRSC said...

yes ... good tips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...