Followers

Tuesday 13 March 2012

Bekam

Mak Aji dan Pak Aji sudah bertahun mengamalkan sunah berbekam. Setelah berkali-kali berbekam dengan orang lain, maka Pak Aji (dengan beraninya) mencari bahan bacaan tentang hal itu, lantas membeli sendiri dua set bekam untuk membuatnya sendiri di rumah - Pak Aji bekam Mak Aji dan Mak Aji bekam Pak Aji!! 

Bekam/bloodletting/cupping
Kami dimaklumkan oleh tukang bekam yang pernah membekam kami bahawa kalau tidak kena gaya dan pesakit yang dibekam mempunyai penyakit berkaitan benda halus, maka benda itu akan menggangu tukang bekam. Sebab itulah Mak Aji siap-siap ingatkan Pak Aji agar jangan pula dia ada benda bukan-bukan pada diri dia, ditakuti benda itu akan datang kepada Mak Aji!! 

Sejak dua hari ini pinggang sebelah kiri Mak Aji berasa sakit, hendak duduk bangun memang terasa, juga semasa duduk di tahiyat akhir. Jadi, Mak Aji minta Pak Aji bekamkan. Selain di pinggang kiri, dibekamnya juga di sebelah kanan dan tengah belakang. Setelah dibekam dua kali di sebelah kiri pinggang, rasa seolah-olah sakit diambil dan dibuang jauh-jauh!! Lega rasanya. Memang kalau lama tidak berbekam badan terasa berat dan sejurus selepas berbekam, ringan rasanya badan!! Kepada mereka yang belum pernah mencubanya, cubalah!! Ini amalan sunah dan dengan berserta niat mengamalkan sunah, insya-Allah usaha kita berubat mendapat ganjaran daripada Allah jua!!

Berikut Mak Aji sertakan alamat blog seorang tukang bekam wanita di Kuala Lumpur:
 http://www.urutdanbekam.biz/ - bolehlah anda cuba dapatkan maklumat lanjut jika berminat.  

Catatan: Mak Aji pernah berbekam dengan Ummu, isteri Hj. Ibrahim di Taman Melawati (kedai yang menjual kitab yang bertentangan dengan medan selera). Ada juga beberapa rakan ofis yang pernah ke situ untuk mendapatkan rawatan tersebut!

4 comments:

AsiahRSC said...

Mak Aji jer bekamkan saya boleh tak?

Ummu Madihah said...

Aiyoh, ini yang takut nih! Bekam Pak Aji pun sebab dia paksa aja sebab i ni sebenarnya takut dan juga geli tengok darah - buat secara paksa rela!!

AsiahRSC said...

Alamak, ingatkan boleh ... hehehe

Ummu Madihah said...

he he, tukang bekam perempuan tu sbnrnya ada buat kursus, terlintas juga kalau nak belajar, tapi itulah, takut punya pasal! Tak ckp pun dgnorg tu, takut kena paksa belajar pulak??!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...