Followers

Thursday 22 March 2012

Penghargaan untuk Adik Ipar

Cik Ning dan Mak Aji berpakat dan berkongsi beli hadiah untuk adik ipar kami, Ijon kerana banyak berkorban menjaga adik kami yang mengalami kemalangan jalan raya pada beberapa hari menjelang hari raya puasa yang lepas. Ijon memang kami kenali sebagai seorang yang tidak pernah menunjukkan muka yang masam, bagaimana letih ke, mengantuk ke dia, senyum sahaja yang menguntum di bibir. Itulah adik ipar kami yang kami sayang seperti adik kandung kami sendiri!! Hendak tengok hadiahnya? 

Jam tangan GUESS
Sebenarnya jam ini sama seperti yang pada hantaran anak buah Mak Aji yang kahwin tempoh hari. Melihatkan Ijon sukakan jam itu, maka kami dapatkan juga untuknya! We love you Ijon!! We can never ask for a better sister-in-law. Thank you for always being there for him!
Keadaan adik Mak Aji semasa dalam ICU tempoh hari.
Ini gambar terkininya: 

Sudah sihat, boleh berjalan tetapi masih bertongkat sebab belum pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah berkat kesabaran isteri dan anak-anak menjaganya, dia semakin sihat dan insya-Allah akan pulih sepenuhnya.

4 comments:

- dieyana - said...

syoknye adik ipar mak aji, dapat jam guess... itu lah, kalau orang dah baik sgt2 dgn kita, tak salah kan beri hadiah utk menghargai jasa dia....

Ummu Madihah said...

Betul tu Dieyana, memang dia isteri dan individu yang baik pekertinya. Kalau di dapur memang ligat, cukup rajin (Mak Aji kurang rajin bab tu! he he - ngaku aje). Actually she deserves more!!

Aida Salleh said...

untungnya kak shima dapat adik ipar macam tu. mmg bertuah sungguh. dan pun bertuah dapat kakak ipar macam kak shima n cik ning yg sangat murah hati. semoga keakraban dan hubungan baik kalian akan berkekalan selama-lamanya. aminnn...

Ummu Madihah said...

Aminn! Alhamdulillah Allah temukan dan jadikan kami bersaudara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...