Followers

Saturday, 17 March 2012

Anxiety Attack

Beberapa hari lepas Mak Aji tidak dapat tidur malam, kecuali terlelap sekejap-sekejap - jantung berdebar-debar, terasa seolah-olah jantung hendak tercabut daripada tangkainya dan semacam hendak terkeluar daripada dada. Terlintas di hati - aku ni hendak mati agaknya, punyalah takutnya!!

Anxiety attack
Tiba sahaja waktu Subuh badan letih, terpaksa mengheret kaki ke bilik air untuk mengambil wudu. Sebelum solat Subuh terlupa pula hendak ingatkan Pak Aji jangan baca ayat panjang-panjang, takut tumbang makmumnya. Memang hampir tumbang dibuatnya. 

Apabila berjumpa doktor dan selepas dibuat diagnosis, doktor kata batuk Mak Aji sudah sampai ke paru-paru - bronkitis. Jadi, batuk akan berpanjangan, mungkin akan makan bulan! Terpaksalah sambung lagi antibiotik, ubat sakit tekak (masih inflamasi dan ada ulser). Selain itu, anxiety besar kemungkinan sebab (Mak Aji beritahu yang Mak Aji tiada stres tempat kerja, sebab akan berpencen sebulan dua lagi) ketidakseimbangan hormon (premenopausal - almaklumlah dalam usia begini - terpaksa bertahan sahajalah).

Semasa dalam perjalanan berjumpa doktor, seorang penunggang motorsikal yang berada di hadapan kami  , dengan tidak semena-mena tergelincir dan terbabas. Nasib baik kereta kami perlahan dan Pak Aji sempat brek. Tergolek-golek orang itu, tetapi nampak cedera sedikit sahaja sebab masih boleh bangun. Apa lagi, Mak Aji terus menggigil-gigil dan menggeletar tangan terkejut. Semasa bercakap dengan doktor suara masih terketar-ketar. Diberinya ubat tidur 2 biji untuk dimakan sebelum tidur! 

Mak Aji memang kurang sihat sejak awal tahun lagi, asyik ada sahaja yang tidak kena. Sebab itulah tidak sabar rasanya hendak berpencen! Lambatnya masa berlalu!

4 comments:

Elham said...

Syafakillah. La ba'sa thohuurun insyaAllah....

Ummu Madihah said...

Nor, dok pehe lughatul arabiyyah, x habis belajar, sekerat jale jah. Thanks for the wishes!!

Elham said...

Hehe...Semoga Allah menyembuhkan, Takpe,sakit tu akan menyucikan, InsyaAllah.(translation lebihkurang...)
This is in fact, the doa taught by Rasulullah for us to recite to the sicks

Ummu Madihah said...

Agakan akak betullah tu, walaupun agak buta Arab!! Jazakallah as always!! Banyak sangat karat2 yang nak disucikan, itu yang panjang tempoh sakitnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...