Followers

Thursday, 8 September 2011

Isteri Oh Isteri

Balik kampung Mak Aji turut simpati dengan salah seorang ahli keluarga yang ditimpa 'bala', tumpah juga air mata mengenangkan nasib seorang isteri yang diduakan oleh suami gara-gara terpikat dengan minah janda beranak satu dari seberang yang umurnya hampir cecah 50 tahun. Si suami yang sudah hampir 30 tahun pencen tentera kerjanya hanya berulang alik ke masjid akhirnya tewas tersungkur di kaki perempuan lain. Si isteri yang cukup setia menjaga makan pakai suami selama berpuluh tahun, berkongsi pahit manis selama ini sudah mula dilihat oleh suami penuh dengan 'kecacatan fizikal' - badan dah tak slim lagi, sana tak kena, sini tak kena (tak sampai hati nak sebut secara rinci apa yang keluar dari mulut suami yang bermulut cabul!). 

Si isteri yang selama ini tidak pernah berkira untuk mengeluarkan belanja menyara perbelanjaan keluarga, mula terfikir sejauh mana ikhlasnya dirinya 'memberi nafkah' keluarga selama ini. Juga dipersoalkan apa yang kurang pada diri hingga suami berpaling arah. Keadaan kesihatan diri isteri yang sedia ada masalah tekanan darah tinggi makin sering terganggu dek kekalutan fikiran. 

Inikah harga yang perlu dibayar oleh seorang isteri setelah berkongsi hidup dengan segala suka duka dengan suami yang selama ini diharapkan agar dapat menjadi teman sejati sehidup semati? Betapa mudahnya suami beralih arah dan tewas dengan dugaan meskipun usia sudah menjangkau hampir 70-an!? Berapa lama lagikah keseronokan itu akan berakhir? Sampai bila nak ditongkat langit??    

Apa yang Mak Aji mampu buat, mendengar sahaja keluhan dan kekesalan yang diluahkan. Mak Aji teringat kembali pengalaman lampau apabila arwah ayah Mak Aji sendiri kahwin lain. Semasa itu usia Mak Aji baru 15 tahun dan agak rapat dengan arwah ayah. Langit seumpama runtuh ketika itu. Kegembiraan dan keceriaan kami sekeluarga bertukar menjadi sebaliknya. Arwah mak meninggalkan rumah selama sebulan kerana merajuk dengan arwah ayah. Arwah mak kahwin bukan atas pilihan sendiri tetapi atas pilihan keluarga. Walau bagaimanapun dia reda dengan ketentuan Allah. Setelah berumah tangga berpuluh tahun dan melahirkan tujuh anak, arwah ayah berbuat begitu. Isteri mana yang tidak merajuk hati?? 

Apapun, pengalaman lama meninggalkan bekas-bekas luka mendalam yang tidak akan pernah sembuh. Apa yang diharapkan, sedarlah wahai para suami di luar sana, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri yang anda kahwini, yang anda menerima amanah daripada Allah untuk menjaga makan minumnya, kebajikannya, kesihatannya dan lain-lainnya. Allah akan membalas akan setiap apa yang diamanahkan pada anda! Bersedialah untuk menjawab nanti!!  

3 comments:

Aida Salleh said...

ada orang kata orang kawin lebih dari satu sebab kasih sayang dia melimpah ruah sayang. tak cukup dengan isteri dan anak-anak yang ada tu untuk ditumpahkan segala kasih sayang tu...huuhuhuuu...

Anonymous said...

Mah,menitik air mata baca n3 you ni..menusuk ke jantung. Seolah2 I rasa apa yang saudara u rasa dan perasaan u sendiri..cuma beza bahu yg memikul tentu lebih parah. Macam baru2 ni..I dah bertahun dok beli ikan kat satu couple kat area rumah I..satu hari entah macamana isterinya tercerita yg suami dia tu doublebarrel( betuika eja). Automatik air mata I keluar..sedih sungguh.rupanya dah bertahun dah. Puncanya,gara2 menolong carikan jodoh,tapi tersauk untuk diri sendiri.Alasan perempuan tu hanya untuk menumpang kasih seorang suami..adoii..benda nak tolong atau takde apa2 sekadar kawan..hanyalah satu alasan saja,dari takde apa tau2 nanti! Kan dah tak boleh berhenti bila cakap bab ni..sedih tau!

Ummu Madihah said...

Aida, banyak sangat sayang sampai terpaksa dilimpahkan ke lain, ya!!?? Banyaklah kasih sayang dia!!

Wan, i memang kalau isu ni tersensitif lebih sbb pernah menjadi mangsa, jd dptlah first-hand experience. Rasanya double-barrel, he he. Biasanya tumpang kasih dulu lepas tu diambiknya terus utk dia sorang. Susah nak cari mcm dlm kes Monie tu! Satu dalam sejuta kut! Kita doakan sahaja jangan Allah duga kita dengan dugaan seberat ini, takut tidak tertanggung, amin!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...