Followers

Saturday, 17 September 2011

Kenduri Kahwin

Pagi-pagi lagi petik cili api untuk dibawa ke kenduri kahwin di pejabat - kawan kahwinkan anak dan cili api 'segar dari ladang' untuk dibuat Miang Kham - sejenis makanan yang berasal dari Thailand. Kalau tak pernah dengar nama itu, cuba lihat gambar-gambarnya di bawah:
Bahan-bahan yang diperlukan

Miang kham yang siap dgn segala ramuan

Sudah siap, cantik bila dicucuk, ngap sahaja! Sedappp!

Yang seronoknya, selepas makan kenduri, sebagai pencuci mulut terdapat murtabak raja, jala mas, buah tanjung, asam manis, dodol berbentuk kun, rojak buah dan tentunya miang kham! Semuanya diterbangkan khas dari Kota Bharu dan selain itu yang berasal dari seberang - Thailand! Tetamu yang hadir bukan sahaja orang tempatan, malah juga terdiri daripada tetamu dari Indonesia. Mereka begitu teruja dengan makanan yang dihidangkan!  Sambil menikmati jamuan, kami yang menjadi tetamu juga berperanan sebagai tukang memberi maklumat kepada mereka!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...