Followers

Thursday, 17 October 2013

Hormatlah Sedikit Bahasa Kita!

As-salam.

Kami menunaikan solat aidiladha di masjid besar Kubang Kerian. Jemaah cukup ramai sekali dan suasana cukup meriah. Selesai solat, khutbah raya dibacakan. Selepas selesai khutbah dalam bahasa Melayu, Mak Aji agak terkejut sebab khutbah tersebut dibaca pula dalam versi bahasa Inggeris! Dalam pada Mak Aji memaksa diri memahamkan benda butir yang disebut (agak penat sekali usaha untuk faham benda butir yang disebut sebab sebutannya memang pelik sekali ketidakinggerisannya!) 



Setelah penat mendengar kerana tidak faham (kecuali you sekali-sekala), Mak Aji pekakkan telinga sahaja. Kemudian barulah Mak Aji perasan akan kehadiran beberapa orang jemaah wanita berbangsa asing. Setelah selesai khutbah dan semua jemaah bersurai kelihatanlah sekumpulan jemaah berbangsa asing sibuk merakam foto di hadapan masjid. Patutlah, rupa-rupanya khutbah dibaca dalam bahasa Inggeris untuk manfaat mereka! Anda ingat apabila berada di negara asing mereka akan berbuat yang sama apabila melihat ada muka kita (dengan hidung kita semacam pelepah nyiur mambar tu - kemeklah tu, he he!) dan terus baca versi Melayu??

Mak Aji cukup hairan mengapa bangsa kita ini terlalu accomodating apabila berhadapan dengan situasi begitu - kalau ada sahaja - walaupun seorang! - yang berbangsa asing dalam kalangan kita, terus sahaja kita menggunakan bahasa Inggeris! Ketahuilah bahawa di negara asing mereka tidak hairan mahupun pedulikan kita! Sebaliknya apabila kita di negara asing, kitalah yang kena berusaha mempelajari bahasa mereka - mereka berbangga dengan bahasa mereka, bukan macam sebahagian orang kita yang cukup berbangga apabila mampu berbahasa asing!! 

Malulah sedikit, bukankah sekarang berlangsungnya Bulan Bahasa Kebangsaan, setidak-tidaknya janganlah berbuat begitu sepanjang bulan ini! Kalau kita sendiri tiada rasa sayang akan bahasa kita, pada siapalah lagi kita bergantung harap untuk memartabatkannya???? Tepuk dada tanya selera!

Sekian leteran untuk petang ini.......




4 comments:

Kamsiah yusoff said...

hehe..siapa yg sediakan teks khutbah raya tu..:)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Entahlah siapa yang siapkan teksnya. Dahlah cakap omputeh, tak faham apa benda pun yang dia cakap! Kalau kita pun tak faham, orang asing apa lagilah!

Anonymous said...

Salam Mah,
Setuju bab terlalu accomadating tu..Dalam semua aspek sampai agama pun..asyik kena accomadate org lain..naik meluat la..Dalam Negara sendiri rasa mcm dok menumpang pulak..

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Itulah jiwa hamba dalam kalangan orang kita, asyik perasan kita hamba dan orang lain tuan. Kata diri merdeka tapi itulah hakikat sebenarnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...