Followers

Sunday, 20 October 2013

Tamu dari Seberang

As-salam.

Tengah hari tadi kawan merangkap saudara sebelah arwah bapa Mak Aji datang berziarah ke rumah bersama-sama anak daranya yang cukup manis sekali. Kami sebenarnya berjumpa secara kebetulan melalui seorang kawan yang juga kawan FB. Setelah bercerita tentang asal-usul, rupa-rupanya kami mempunyai pertalian saudara - bau bacanglah. Kawan ini menetap di Bangkok kerana berkahwin dengan rakyat Thailand dan dia serta anak kembali beraya ke kampung di Pasir Puteh, Kelantan. 

Ros dan anaknya Aya menjamah nasi beriani Restoran Periok
(Rahman Putra, Sungai Buloh).
Bergambar kenangan.
Buah tangan dari seberang, semacam bepang, rempah kari hijau (basah) dan
rempah kari hijau yang siap bersantan (di dalam kotak).

Terima kasih banyak-banyak Ros atas kunjungan dan juga buah tangan. Lain kali datanglah lagi ya!


4 comments:

Kamsiah yusoff said...

anak daranya tu mmg manis la mak aji...

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memang cantik manis orangnya tapi sayang tak tahu berbahasa Melayu, cuma cakap bahasa Inggeris dan Siam sahaja. Sayang, kan! Tengok dia teringat bekas isteri Sultan Kelantan sekarang yang juga tak tahu berbahasa Melayu!

QA's ~ mamapapa said...

seronoknya terima tetamu dr jauh :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Itu kali kedua kami jumpa. Pertama kali bertemu di muka buku! Bila dirungkai asal usul rupa2nya ada kaitan keluarga, bau bacang kami! Thank God for FB!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...