Cucu Mak Aji, Aleesya mula meniarap semasa usianya dua bulan setengah. Sekali sahaja meniarap dia terus diam, tidak meniarap lagi!
Ketika berada di kampung tempoh hari dia menunjukkan kemahiran barunya itu buat kali keduanya!:
Sibuk melihat corak pada tilam. |
My trojan girl! |
Kalau orang lain perlu letakkan gel rambut untuk menghasilkan rambut trojan, si Aleesya perlu letak gel untuk merebahkan rambutnya!
3 comments:
Salam makji,
tahniah tuk kembar sbrg laut arissa..hehe..arissa belum boleh lg, tapi dia bolehlah berpusing 360 darjah tuh dr tpt kita letak..hehe, bahaya jugak skrang nie kalau tak letak bantal..
tgk aleesya heran tul sama2 berat ngan arissa,tp nampak aleesya tak nampak tembam sangat, mana dia sembunyilemak2 tuh..huhuh
tingginya rambut terpacak...
lepas pandai meniarap...merangkak pulak...part tu yg kita terpaksa 'bersenam' sikit...dok jaga dia..
Salam Ummuaidan,
Mereka ni kembar tiga tau, Aleesya, Arissa dan jangan lupa, Mia, he he! Aleesya boleh pun tak berapa rajin mana nak meniarap, dia buat selamba derk aje. Wah, Arissa dah boleh pusing 360 ya, Aleesya setakat 180 jer! Bab bantal memang, takutlah tergolek ke bawah katil, nauzubillah!
He he, pandai dia sorok lemak, tang paha, mengalahkan drumstick ayam daging!
Salam Kam,
Betul tu, sekarang meniarap takpalah lagi, dah boleh bergerak sendiri budak ni karang, alamat pasang pagarlah sana sini dan bermulalah sesi mengejar dan mengutip budak!
Post a Comment