As-salam.
Selamat hari raya aidiladha semua!
Kami baru kembali dari kampung dan kami tiba ke rumah pada jam 11.30 malam tadi. Perjalanan bermula dari Wakaf Che Yeh sekitar jam 11.00 pagi semalam! Percayalah, perjalanan yang cukup panjang!!!
Alhamdulillah Aleesya tidak meragam sepanjang perjalanan! |
Kami balik kampung dengan tujuan utama memperkenalkan menantu baru kami, Mida kepada sanak saudara yang sebahagiannya tidak dapat hadir majlis kenduri kahwin selepas raya puasa tempoh hari. Mida juga kebetulannya belum pernah ke Kelantan.
Perjalanan sepanjang balik kampung, sepanjang berada di sana serta perjalanan balik cukup menduga kekuatan fizikal kami semua - cukup meletihkan, namun cukup menggembirakan!
Puas kami makan daging korban dan puas juga kami berziarah sanak saudara demi menjaga hubungan silaturrahim antara kami semua, alhamdulillah!
2 comments:
salam aidiladha makji,
Balik kelate jugok yer raya haji..alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik..balik kejap camtuh mmg penat sikit kan..apapun oklah tercapai hajat..:)
Salam aidiladha juga untuk Ummuaidan sekeluarga,
Kami balik kejap je sebab cuti kat KL ni sehari je. Kena balik cepat sebab hari ni anak2 semua kerja dah. Mak Aji pun kerja gak, baby-sitting! Pak Aji pula raya kedua gi Surabaya beraya ngan anak2 di sana seminggu. Mak Aji xleh gi sebab kerja, he he!
Post a Comment