As-salam.
Mengikut tinjauan yang Mak Aji buat dalam kalangan anak-anak di rumah, mereka paling suka makan nasi goreng ikan berbanding nasi goreng lain. Kebetulan pula lauk ikan goreng pada malam sebelumnya masih berbaki dan ikan bilis pun ada, maka itulah menu yang Mak Aji sediakan sehari sebelum kami balik beraya. Kita lihat dulu rupanya:
Nasi goreng Ikan. |
Yang paling biasa Mak Aji letak kangkung sebagai sayurnya selain tomato dan timun sebagai ulamnya. Kalau tiada ikan anda juga boleh menggantikannya dengan ikan bilis yang ditumbuk sedikit tetapi jangan sampai hancur. Oh ya, Mak Aji pernah makan mihun goreng yang menggunakan ikan bilis sebagai rencah, terbukti sedap! Cubalah!
4 comments:
salam makji,
sy pun suka jgk kengkadang nasik goreng ikan..memang kalau beehon letak ikan bilis mmg terangkat..:)
Salam Ummuaidan,
Mak Aji pertama kali makan bihun berperencah ikan bilis semasa menjaga arwah mak di HKL. Ada orang datang berjaja ke wad. Nampak kosong je bihunnya tanpa apa-apa rencah tapi bila makan terbukti sedap! Agaknya dia hancurkan ikan bilis sampai tak kelihatan langsung!
betul tu mak aji..sy pun suka nasi grg ikan mak saya...:)))
Salam QA,
Memang kalau orang pantai Timur agak2nya semua biasa sebab kita kan dekat dengan Laut China Selatan, selalu dapat ikan segar! Orang belah pantai Barat yang agak pelik ngan nasi ni.
Post a Comment