Followers

Friday 11 October 2013

Defensive Driving

As-salam.

Mak Aji ini sebenarnya mahu berleter sedikit. Sesiapa yang tahan telinga dengarlah ya.

Semenjak dua menjak ini Mak Aji lihat dan dengar tentang terlalu banyak sangat kemalangan jalan raya sehinggakan kalau Pak Aji memandu Mak Aji asyik brek angin sahaja! Bukan apa, kadangkala kita sebagai pemandu (terutamanya lelakilah! - dah mula attack, dah!) tidak mengamalkan defensive driving (DD).  

Mak Aji tidaklah tahu definisi sebenar (malas pun nak cari) DD ini tetapi kalau setakat yang Mak Aji fahamlah, DD ini ialah cara memandu yang bijak agar kita mengelak daripada berlakunya apa-apa sahaja jenis kemalangan/kecelakaan di jalan raya, tanpa mengira sama ada kita terpaksa mengalah apabila bertembung dengan pembuli di jalan raya atau sebagainya. Walaupun kita ada right of way, tetapi kalau ada pula pemandu lain yang jenis sakit perut dan tidak boleh tahan lagi untuk masuk tandas, kita beri sahajalah dia jalan dulu! Kita tidak payahlah susah payah menjadi polis tidak bergaji dan menahan orang lain daripada memandu 200 km sejam di lane laju! 

Kita juga tidak payahlah berkeras mempertahankan hak kita di jalan kalau ada pemandu lain yang cuba mencabuli hak kita. Tidak usahlah kita mencari pasal - kalau dia bawa keluar kayu hoki atau parang dari dalam kereta, tak ke naya!! 

Sentiasalah cool di jalan raya walaupun semasa kesesakan lalu-lintas. Berzikirlah banyak-banyak, itu lebih baik daripada memasang entah apa-apalah lagu yang gedegung gedegang yang bagai nak pecah anak telinga! Hati kita akan lebih tenang, pahala pun insya-Allah dapat!

Apapun sebelum Mak Aji berhenti berleter, kita tengokkan apa definisi DD yang disediakan oleh Wikipedia:

The standard Safe Practices for Motor Vehicle Operations, ANSI/ASSE Z15.1, defines defensive driving as "driving to save lives, time, and money, in spite of the conditions around you and the actions of others."[1] This definition is taken from the National Safety Council's Defensive Driving Course. It is a form of training for motor vehicle drivers that goes beyond mastery of the rules of the road and the basic mechanics of driving. Its aim is to reduce the risk of collision by anticipating dangerous situations, despite adverse conditions or the mistakes of others. This can be achieved through adherence to a variety of general rules, as well as the practice of specific driving techniques.

Amacam, ada faham, marilah kita amalkannya (kata malas nak rujuk, rujuk juga ya, he he!!)

Mari kita amalkan pemanduan berhemah!!
sumber foto: www.reddit.com


4 comments:

shila-muin.blogspot.com said...

saya sangat setuju Mak Aji..apa salahnya kita beralah klu yer pun tu jalan kita..

Mazatul azura said...

betul tu Mak Aji... kadang-kadang kat luar nampak lembut, sopan santun, berbudi bahasa.. tapi bila drive.. Masya-Allah!

Ummu Madihah said...

Salam kenal Shila,

Masalah tidak mahu beralah sebenarnya masalah mempertahankan ego semata-mata! Cuba teka siapa yang biasanya ada inflated ego?? Lelaki, kan! Kita perempuan biasanya beralah sahaja, malas mahu cari pasal dengan orang! Asal selamat sudah, sebab memang itulah yang paling penting, ego sedikit rabak takpa.

Ummu Madihah said...

Salam kenal Mazatul,

Betul tu, elok sahaja dok belakang stereng bertukar jadi incredible hulk, asyik nak pekena orang je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...