Followers

Sunday 11 May 2014

Prihatinlah akan Keperluan Kami Kaum Wanita!

As-salam.

Sudah agak lama Mak Aji ingin luahkan rasa terkilan Mak Aji akan kemudahan yang disediakan oleh masjid atau surau, terutama untuk kaum wanita! Lagi banyak kita berjalan, lagi banyak kita bertemu masalah seperti ini.

Pernahkah anda terpaksa mengambil wudu di dalam tandas dek kerana tempat mengangkat wudu untuk wanita terbuka luas (open air - dan anda tidak mungkin dapat mengangkat wudu tanpa memperlihatkan aurat anda?? Itu antara senario yang paling ekstrim yang pernah Mak Aji jumpa. Lokasinya di sebuah surau di hentian R & R menuju ke Selatan (entah masih begitu atau tidak, Allahualamlah!): juga beberapa tahun lepas di tapak pesta konvo UTM Skudai! Mak Aji agak terkejut apabila melihatkan ada wanita yang dengan selambanya menanggalkan tudung di khalayak, mengangkat wudu lalu mengenakan balik tudung dan masuk solat di khemah yang disediakan! 

Sepanjang beRpuluh tahun Mak Aji berulang-alik balik kampung ke Kota Bharu, kemudahan yang disediakan semakin baik. Namun begitu, masih banyak lagi kemudahan yang perlu sentiasa diselenggara dengan baik. Jangan kata masjid yang baru dibina tentunya kemudahannya cukup baik - tanpa selenggaraan tidak begitu jadinya.

Seperkara yang sering menjadi rungutan - tiada penyangkut beg (paling tidak paku kalau penyangkut besi asyik kena kebas!) disediakan di pintu tandas. Bagaimanalah agaknya kami mahu menyangkut beg sementara mahu membuang hajat?? Itu belum lagi beg telekung!

Tempat wudu juga jarang menyediakan rak untuk kami meletak beg tangan dan beg telekung sementara kami mengangkat wudu. Jadi kedua-dua beg terpaksa diletak sahaja di lantai - mahu dicari bahagian lantai yang kering pun susah!

Selipar Jepun juga kadang-kadang tidak disediakan di tempat mengangkat wudu. Jadi kita terpaksa masuk ke ruang itu dengan selipar atau kasut kita - maka kotorlah lantainya! 

Akhirnya (yang penting sekali!) biasanya tandas,  tempat wudu serta laluan  masuk untuk wanita ke masjid/surau agak jauh dan tersorok! Tolonglah prihatin sedikit, fikirkanlah keselamatan kami - jangan ada penyangak yang mengambil peluang untuk mengapa-apakan kami!!

Mungkin hal-hal begini berlaku sebab AJK masjid biasanya kaum lelaki. Kalaulah tidak dimasukkan ahli wanita, tolonglah ambil kira keperluan kami!! 

Tempat wudu yang baik sebab ada tempat untuk meletak beg untuk kaum wanita.
Sumber foto: http://syababgr.blogspot.com/2010_04_01_archive.html



8 comments:

Umm AA said...

salam makji,
rasanya kat malaysia jauh lebih baik dari kat sini..kalau masjid besar pun mmg ade tmpt solat bg wanita tp sll berkunci..kena mintak kunci dl..pastuh toilet lak agak kotor..takder wayar..nak guna air kena carik botol..satu hal lak kan..mcm tak menggalakkan pompuan singgah semayang jer..tp mmg jrglah kita lihatwanita bermusafir dtg semayang tak supa tak m'sia..

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Yalah kemudahan kat sana lagilah ya kurang selesa utk wanita. Bab toilet tu yg leceh ya bila takde wayar air tu. Kalau gitu memang kena timing betul2 spy sempat solat kat rumah. Yg leceh tu kadang masjid baru tapi kemudahan tak cukup. Patut kena ada standard/benchmark kemudahan di masjid. Yg bagus memang ada, excellent tapi yg teruk memang teruk habis! Kalau fikir ni malas nak berjalan!

Anonymous said...

Ada satu lagi - kalau barang-barang keperluan jenazah semua letak di bahagian tempat wuduk wanita. Buat terperanjat atau tak selera nak masuk masjid/surau. Kalu sorang-sorang cuak juga, selalu intai dulu sebelum masuk

Ummu Madihah said...

Salam Anonymous,

Kalau di masjid Bandar Baru Sungai Buloh pula, laluan masuk ke tempat wudu wanita bersebelahan dengan bilik untuk memandikan jenazah. Kalau nak mengelak lalu di situ kenalah lalu jalan jauh sikit! Lebih kuranglah tu!

nurbijen said...

Rindu dengan kemudahan solat di M'sia... Kalau kat sini, solat aje la kat mana2.... Kalau tempat yg mmg susah cari masjid, dapat solat fitting room pun cukup :)

Tapi kalau kemudahan masjid kat sini, mmg tip top sgt2 walau bukan negara Islam... Kalau tandas tu, mmg sgt2 bersih... Ruang solat pun betul2 tertutup antara ruang solat lelaki dan wanita. Semua kemudahan yang mak Aji sebut tu mmg ada... bukan setakat penyakut handbag, siap ada penyakut coat lagi :)

Insya Allah, nanti saya share kemudahan surau utk solat yg ada di sekitar universiti saya :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Yelah, kalau kat sana solat je mana2 sebab susah nak cari tempat yg proper. Kat sini pun ada kalanya gitu jg - Mak Aji pernah solat Subuh tepi tangga je semasa jaga arwah mak di GH (surau jauh). Pun mandi dan bersiap di bilik air spital sebelum gi kerja. Jaga dia malam sbb arwah ayah x boleh jaga. Siang dia take over. Pengalaman Mak Aji tandas sana bersih cuma kalau nak cebok payah sikit sbb xde paip dlm tandas, kena usung botol sana sini utk tadah air dr singki. Kecuali kalau ada apa paip air yg keluar sendiri dr mangkuk tandas tu.

Anonymous said...

Salam Mak Aji,

Rupanya bkn saya saje yg merungut pasal kemudahan2 masjid yg tak lengkap bagi golongan wanita mcm kita ni. Satu lagi kelemahan masjid yg selalu saya perhatikan adalah di ruangan solat wanita. Pemisah antara ruang solat wanita dan lelaki adakala hanya dipisahkan oleh langsir yang jarang, ada pula yang meletakkan penghadang divider kayu yang boleh dilipat namun dari celahan2 kayu tu jemaah lelaki masih boleh dilihat dgn jelas. Ini melibatkan aurat kita yang mungkin ingin membetulkan tudung atau mengikat rambut di situ. Selain itu, ada tandas yang tidak menyediakan tong sampah bagi kemudahan wanita membuang panty liners atau lampin pakai buang anak. Malah ada yang sangat meletihkan, tandas dan ruang solat terletak sangat berjauhan, ini amat menyukarkan para ibu yang membawa anak2 serta warga tua yang tidak larat berjalan jauh. Harap dapat diberi perhatian.

Ummu Madihah said...

Salam Anonymous (kalau letak nama lagi bagus, kan!)

Benar tu, kadang2 pihak yang bertanggungjawab sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja tentang perkara sebegini - asal ada. Penghadang itu perlu betul2 berfungsi juga terutama untuk mereka yang pakai purdah, agar tidak kelihatan aurat kita kepada kaum lelaki. Ketiadaan tong sampah juga yg menyebabkan kadang2 ada yg main letak aja pampers kotor di tandas. Memang tandas juga patut diletak di bahagian hadapan dan bukan jauh dan tersorok. Selain meletihkan kerana berjalan jauh, juga ada faktor keselamatan kaum wanita di situ! Terima kasih kerana berkongsi pendapat. Moga ada pihak yang bertanggungjawab mampu berbuat sesuatu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...