Followers

Monday, 19 December 2011

White House

Pernahkah anda dengar Kedai Kopi White House di Kota Bharu?? Mak Aji pernah terjumpa Dahlan Zainuddin dan Rosnah Md. Nor suatu ketika dahulu di kedai itu (orang muda tentunya tak tahu siapa mereka, orang lama macam Mak Aji tahulah tu!). Pernah suatu malam (ditutup pada waktu solat Maghrib tetapi dibuka semula selepas solat Isyak) ketika cuti sekolah - masa itu anak-anak masih bersekolah lagi - kami sekeluarga singgah untuk minum dan kedai penuh padat hinggakan kami terpaksa berdiri menunggu pelanggan bangun dan cepat-cepat duduk sebelum pelanggan lain duduk! Kalau nak tahu lokasinya - betul-betul berhadapan dengan Masjid Muhammadi, di tengah-tengah bandar Kota Bharu, berhampiran Tambatan di-Raja.  

Di sini anda boleh makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi tumpang, juga yang paling istimewa, roti bakar (dibakar atas dapur arang/anglo) dengan home-made kaya serta mentega dan juga telur masak separuh! Pada suatu pagi kami menyinggah dan ini yang kami pesan:

Telur masak separuh, roti bakar dengan kaya dan mentega!!
Nasi tumpang, nasi berlauk, nasi dagang
Nasi tumpang (tupe)
Menu serta harganya - boleh tahan!
Suasana dalam White House
Jadi, lain kali anda ke Kota Bharu, jangan lupa menyinggah dan pekena roti bakar dan telur masak separuhnya!! Terbaikkk di Kota Bharu!

7 comments:

- dieyana - said...

kak, saya tak tahu kewujudan kedai kopi white house ni....mungkin sebab jarang2 ke KB....balik kelantan nanti, nak try g! tq atas info ni....heheh

(sy kenal dahlan zainudin n rosnah mohd nor..ehhehe)

AsiahRSC said...

Wah Shimah ... selalu Old Town White Coffee .. makanan biasa jer. Ni makanan local, very interesting. NAnti gi Kelantan nak cuba cari ... Tak tahan tengok nasi tumpang tu!!! Meleleh air lioq!!! hahahaha...

Ummu Madihah said...

Dieyana, mcm mana oghe kelate tak tau?? Dulu lg best, ada peti ais yg kembung tu (dulu TV pun jenis melengkung skrin kan!)sama mcm kat rmh nenek akak, syok tengok. Skrg dah pakai yg baru. Cawan dia pun best, yg style lama punya. Memang kena pegi! Syok Dahlan dgn Rosnah sbb org muda kenal mrk!!

Siah, Pegi mesti pegi! U tau i pernah rekomen kat Amilah beb tahun lepas. Dia pegi bukan shj makan, tapi tapau telur masak separuh!! Tak pernah dibuat orang!! Kat situ insya-Allah ada nasi tumpang, sbb tempat lain susah sikit nak cari. Cuma nothing beats my mother punya buatan sendiri - best in the world - sayang anak tak reti buat.

Aida Salleh said...

kak shima, saya tau white house sbb kalau gi kelantan mmg selalu singgah sana.saya suka roti bakar dengan kaya dia.kaya yg special... sedaaaaapppppppppppp.....saya tau sbb dulu biasa pi out station ngan oghe kelate so diorg yg dok bawak gi sana....

diana tak tau? so akak lagi kelantan daripada diana lah ni? hehehehehehe...

Ummu Madihah said...

Haaa, Aida tau!! Dieyana sorok muka malu tu!! Dieyana, lain kali balik kg kena jenguk KB, tak nanti malu kat Aida!!

Anonymous said...

This article will help you find the best tablet PC. A whole host of image enhancing features is provided as standard which allows
users to manipulate and edit images and videos, including autofocus, touch-focus, face & smile detection as well as geo-tagging
which functions based on GPS. Samsung galaxy has been developed as a star model that is
available at best bargain deals.

Also visit my homepage ... samsung galaxy tab

Anonymous said...

In addition, Po - P (Picture over Picture) function allows CCTV monitor to display video from alarm
channel without leaving the viewing mode of the current image.
The NP-NF310 retails around $350 and features an ultra fast start-up speed (under 3 seconds) and a 9+
hour battery life. " Should you not mind an inferior screen however , you will not taking the laptop with you - we may advise something from the 14-inch range.

My homepage :: samsung chromebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...