Followers

Tuesday 24 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 3



As-salam.

12 Disember 2013

Cuaca yang sejuk agak mengganggu tidur. Entah beberapa kali kami terjaga dek sejuk, juga kerana takut terlewat bangun untuk ke masjid. Kami juga agak belum biasa dengan perbezaan waktu solat (juga perubahan zon masa) untuk mengawal suhu alat pendingin yang juga berfungsi sebagai pemanas suhu bilik. Alhamdulillah kami jaga dari tidur agak awal. Walau bagaimanapun, Mak Aji berasa agak kurang sihat (macam nak demam - kehujanan semalam agaknya). Jadi, Pak Aji sahaja ke masjid dan Mak Aji alas perut dengan biskut dan telan ubat demam dan rehat sahaja di bilik sementara menunggu Pak Aji kembali dari masjid untuk sarapan. 

Sekitar jam 9.00 pagi  kami berkumpul untuk bertolak ke tempat ziarah seterusnya. Alhamdulillah badan Mak Aji terasa agak lega sedikit selepas mendapat rehat. Sedang kami menunggu bas, Mak Aji perasan akan turunnya salji ketika melihat di luar tingkap! Masing-masing tersenyum teruja kerana untuk kebanyakan kami, itulah pertama kali mendapat pengalaman ini! Apa lagi, masing-masing keluar ke hadapan hotel untuk merakamkannya, termasuklah yours truly juga, he he! (terasa macam budak-budak pun ada!).

Pertama kali merasa salji!

Mak Aji dimaklumkan bahawa salji biasanya turun pada awal tahun. Ini merupakan pertama kalinya (dalam seratus tahun) salji turun pada bulan Disember.

Untuk ziarah pada hari ini destinasi kami kota lama Akko, yang terletak di utara, berhampiran  sempadan Lubnan. Kota Baitul Maqdis terletak di kawasan berbukit dan apabila kami mula turun dari kawasan berbukit itu, cuaca semakin kurang sejuk dan tiada langsung saljinya.

Dalam perjalanan kami diberitahu bahawa di Israel lelaki diwajibkan  menyertai tentera Israel selama 3 tahun manakala perempuan pula selama 2 tahun. Pada beberapa check point yang kami terpaksa lalui, tenteranya muda-muda belaka yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Rupa mereka memang kelihatan berbeza daripada rupa orang Palestin. Bas kami tidak menghadapi masalah di check point kerana kami warga Malaysia dan juga Indonesia (Habib Ali serta ibu-bapanya). Katanya warga India, Pakistan, dan Arab akan menghadapi sedikit masalah. Ada juga di satu check point tentara tidak tahu di mana Malaysia. Setelah diberitahu Malaysia berjiran dengan Singapura, dia terus melepaskan kami! 

Kami berhenti di satu R & R untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Mak Aji ke tandas manakal Pak Aji ke kafe bersebelahan. Mak Aji cukup terkejut apabila mendapati tandasnya unisex! (jangan ingat salun sahaja unisex ya!). Macam biasa jugalah tiada paip di dalam tandas itu sendiri - botol air minum di dalam beg tanganlah yang membantu dalam situasi ini!

Pak Aji mengajak Mak Aji minum dan kami sempat memesan cappucino:

Alhamdulillah betapa nikmatnya segelas cappucino panas di pagi
yang dingin! 
Pak Aji pun nak berposing juga!
Oh ya, semasa kami sedang minum kami disapa oleh seorang pemuda Israel (dengan teman wanitanya) yang bertanya dari mana kami datang dan sebagainya. Kami berbual seketika dan mereka kelihatan mesra sekali!
Itulah pengalaman pertama bercakap dengan orang Israel!

 Perjalanan setengah jam sudah cukup untuk membawa perbezaan pada
cuaca dan suasana lanskap di sini! Tiada langsung saljinya,
terang benderang! 
Masjid al-Jazzar ini sudah berusia lebih 200 tahun dan terbina ketika pemerintahan kerajaan Uthmani.



Masjid al-Jazzar di kota Akko.
Pokok limau menghiasi laman masjid.
Lihatlah betapa besarnya batang pokok bunga raya ini!
Di belakang Pak Aji sebatang pokok zaitun yang entah berapa puluh tahun atau mungkin
ratusan tahun?
Pokok ros pun ada!
Masjid yang cukup indah.
Perhatikan kekisi hijau di atas kanan!
Kekisi hijau tempat tersimpannya khazanah berharga!
Untuk makluman, dalam kekisi hijau itu terdapat sebuah kotak kaca dan didalamnya pula ada satu botol. Di dalam botol itu terdapat cecair dan di dalam cecair itu tersimpannya sehelai rambut Nabi Muhammad s.a.w.!! Begini kisahnya: Pada zaman dahulu terdapat seorang warga Akko yang berhijrah ke Turki untuk menjadi guru kepada seorang  raja. Setelah berpuluh tahun berkhidmat guru tersebut mahu pulang ke tanah airnya. Raja mahu menghadiahkan wang serta harta kepadanya tetapi semuanya ditolak. Raja akhirnya memutuskan untuk menghadiahinya sehelai (daripada 3 miliknya) kepada guru itu itu. Itulah rambut yang tersimpan di sini. Mak Aji diberitahu pada setiap tahun pada 27 Ramadan akan berkumpullah beribu-ribu umat Islam di masjid ini dan setelah selesai solat terawih, imam akan membawa botol ini berkeliling agar semua jemaah berpeluabg memegangnya! Mengalirlah air mata para jemaah yang memegang botol itu dek terasa kehadiran Rasulullah! Masya-Allah terharu kami mendengar akan hal itu! 

Makam al-Jazzar, pengasas masjid ini.
Makam anak pengasas masjid ini.
Pak Aji memegang pokok tin di laman masjid.
Kelihatan buahnya!
Sun dial - penunjuk waktu solat berpandukan matahari - juga di laman masjid.
Pintu masuk ke masjid.
Laut Mediterranean - di seberang sana negara Itali!
Usai solat jamak Zuhur dan Asar serta membuat sedikit beli-belah di pasarnya (Mak Aji beli sarung tangan sebab yang ada tidak cukup menghangatkan tangan, juga muffler). 

Untuk makan tengah hari kami berbalik ke selatan ke kota Haifa untuk makan tengah hari. Haifa merupakan kota yang tercantik di Palestin (yang dijajah Israel), juga terkenal sebagai kota pelabuhan terpenting di Israel selain kota teknologi tingginya (umpama cyberjaya kita). Di situ juga terdapat sebuah bangunan mirip al-Buruj di Dubai. Rupa-rupanya arkitek yang menghasilkan al-Buruj juga menghasilkan bangunan ini. Lihatkan:

Mirip al-Buruj, kan!
Sebelum sampai ke restoran, kami berkeliling kota Haifa dan sempat melihat keindahan sebuah taman yang dihasilkan penganut ajaran Bahai (a cocktail religion!). Ajaran Bahai ini dikatakan ada sekitar 6 juta pengikutnya dan taman Bahai berikut merupakan sebahagian daripada kuil mereka. Foto yang Mak Aji rakam tidak terang, maka terpaksalah Mak Aji pinjam foto dari Google:

Such a magnificent sight!! 
Sumber foto: www.theaussienomad.com
Melihatkan foto yang begitu cantik ini, maka nampak sangatlah betapa tidak profesionalnya foto-foto Mak Aji ya! 

Mak Aji dimaklumkan bahawa Israel mempunyai ekonomi yang kuat kerana teknologinya yang tinggi terutama dalam bidang ketenteraan (mereka menghasilkan kereta perisai MARKAVA yang beratnya 60 tan dan kebal semua jenis senjata!). Mereka juga terkenal dalam bidang farmaseutikal (ubat-ubatan konvensional). Israel juga terkenal dalam bidang pertanian berteknologi tinggi - sebahagian besar rakyat  Israel  berhijrah dari negara luar dan bersama-sama mereka dibawa sekali teknologi serta kemahiran dan kepakaran yang pelbagai sifatnya. 

Selepas makan tengah hari kami menyinggah ke geraja Stella Maris (gereja???) Sebenarnya Nabi Ilyas a.s. pernah bersembunyi daripada raja yang zalim di sebuah gua dan di tapak gua itu telah dibina gereja tersebut oleh penganut Kristian. Maka sebab itulah kami ke gereja untuk menziarah gua tersebut!

Gua tempat persembunyiaan Nabi Ilyas a.s.
Gua itu terletak di bahagian bawah foto ini (yang gelap itu).

Apabila ziarah selesai, kami memulakan perjalanan pulang ke Baitul Maqdis dalam hujan renyai-renyai. Perjalanan balik agak lama kerana jalan sesak - penduduk keluar ke Baitul Maqdis untuk melihat salji! Sesampai kami di Baitul Maqdis, beginilah keadaanya:

Salji turun semakin lebat, disertai dengan anginnya sekali!
Tidur kami pada malam ini bertemankan bunyi angin yang kuat dan cuaca sudah turun hingga ke -2 darjah Selsius! Mengelatuk kami kesejukan (masih belum cukup pandai mengendalikan alat pendingin/pemanas!) - sekejap panas sekejap sejuk!




8 comments:

Umm AA said...

Assalamm makji,
seronok & tak puas baca catatan dan gambar2 yg makji kongsikan..bertuahnya kerana sampai kesana & melihat masjid yg nama ziarah dlm israk mikraj tuh...tulis semua catatan perjalanan yer makji..
take care..:)

kakmonie said...

dah baca

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Alhamdulillah! Insya-Allah more coming your way! TQ dear!

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Ada lagi yang akan dikongsi, tunggu!

nurbijen said...

First time dengar tandas unisex... hihihi, mcm tak syok jer nak membuang hajat....

Aida Salleh said...

Salam Kak,

Saya teringin betul nak rasa salji...indahnya kalau dapat pengalaman macam akak di bumi bertuah tu...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Kes darurat, syok tak syok terpaksa masuk agar tak terbarai!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Insya-Allah Da, ada peluang boleh rasa juga nanti! Cuma satu je down sidenya, bilka salji jalan biasanya tutup, kedai pun susah nak ke mana pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...