Followers

Monday, 5 December 2011

Cara Mengetahui Kek Ada Arak

Mak Aji nak kongsi cerita seorang chef, iaitu Chef Farid yang pernah bekerja di hotel dan oleh sebab beliau tidak mahu terus bersekongkol memasak kek yang mengandungi arak dan dijual kepada orang Islam, maka beliau berhenti kerja di hotel (tak disebut nama hotelnya). Berikut cerita beliau: 


Pengalaman bekerja di hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Di sini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macam mana nak memperjelaskan lagi rasanya. Oklah, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubalah buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid


Iktibar dari kisah ini: Buatlah kek sendiri, atau jika anda dalam mode 'malas', belilah daripada kawan-kawan yang sanggup buatkan untuk anda agar kek anda lebih terjamin kehalalannya!

Kek buah - kalau ini biasa diletak brandi agar tahan lama.
Bila terlihat kek buah, teringat kek buah yang arwah mak biasa buat untuk raya sebab kami sangat suka, (selain arwah ayah yang merupakan peminat nombor satunya!).   

2 comments:

AsiahRSC said...

huhuhu ... tak boleh makan kek ... all the ingredients tu merancakkan sel kanser!!!

Ummu Madihah said...

Ya ke? I br tahu ni! Dah habis yr last course?? Jumpa Dr. Dahlina td, dok cerita pasal u. Anak dia pun masuk spital kena denggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...