Followers

Tuesday 13 December 2011

Mati Kutu

Mak Aji mati kutu sebenarnya sejak minggu lepas lagi sebab tersilap percaturan. Mak Aji tamatkan perkhidmatan broadband Maxis sebab penat asyik kena top-up kredit sebab penggunaan lebih daripada quota. Akhirnya apabila mendapati bahasa Unifi tiada liputan di kawasan rumah Mak Aji, maka terpaksalah melanggan Streamyx semula supaya insya-Allah kuranglah gangguan. Bila ada Unifi boleh saja upgrade pakej, kata orang TM. Untuk pasang talian TM, rupanya ada masalah sebab tak ada tiang, jadi kena tanam tiang dulu .... Adoi, jenuh juga bila tiada talian internet, memang mati kutu, seperti bila tertinggal telefon di rumah, sudah tidak boleh menelefon ke mana-mana, sebab semua nombor di dalam telefon bimbit! 

Sedarlah Mak Aji betapa bergantungnya kita kepada internet dan juga gadget lain yang sewaktu dengannya!
Semasa zaman remaja dahulu telefon hitam yang bunyinya cukup nyaring (cukup untuk mengejutkan orang yang sedang lena tidur!) pun sudah dikira cukup hebat! Sekarang orang dah tak main tiang telefon, orang pakai jalur lebar - kawasan kampung mana ada jalur lebar, yang ada jalur halus wayar telefon saja! Siapa suruh duduk kampung?? Rasakan!! 

5 comments:

AsiahRSC said...

Shimah, I dah beli Galaksi S2 semalam, best!!! Macam komputer telapak tangan jadinya. Gambar dia pun, tak perlu bawak kamera dah - 8 megapixels you. Balaik semalam kitorang makan kat Bellamy dan terus pi Dewan jap. Kejap je nak hantar MC dah terlanjur sampai sana. Sorry for not informing you. Lagi, share dalam mel SBPA tu ...

Ummu Madihah said...

Wah, cayalah!! Ni kena buat demo, mak pun dapat mainan baru ya!! Takpe, nanti kita jumpa lain kali. Mel SBPA??

Nuraihana said...

Waaaa....auntie asiah pakai Galaxy S2 tue....cayala....

AsiahRSC said...

Shima hari tu ada taklimat SBPA kan? Sharelah dengan I melalui mel...

Along, hahaha ... asyik melayan anak jer nak tel canggih, so mak mesti lebih canggih!!! Mana boleh jadi kan?hehehe

Ummu Madihah said...

Alah Siah, i tak dapat pegi taklimat SBPA hari tu sbb sibuk dgn urusan PUSPANITA (mrk lantik jd pengerusi biro penerbitan), katanya nak ada taklimat khusus utk org PUSPANITA, x taulah bila. I pun masih blur ttg hal ni. i dpt info i bgtau ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...