Followers

Sunday, 4 December 2011

Restoran Antan Batura

Mak Aji nak perkenalkan sebuah restoran yang letaknya di tepi tasik Shah Alam, berhadapan dengan bangunan PKNS. Restoran ini dibuka semula selepas ditutup dua minggu untuk sedikit penambahbaikan fizikal (tambah kolam ikan dengan pancuran air, juga lukisan di dinding tandasnya). Kami sekeluarga (berempat sahaja) baru lagi menjamu selera di situ. Sebenarnya restoran ini kepunyaan kawan baik Pak Aji, yang mencadangkan pesantren tempat anak bongsu Mak Aji belajar sekarang. Isterinyalah Ibu Dewi yang pernah Mak Aji sebut, yang tidak boleh tidak perlu ada keropok semasa makan nasi. Pada malam sebelumnya Pak Aji makan Nasi Ayam Penyet dan juga Pecal dan Tauhu. Jadi kami pesan makanan yang sama. Pecalnya cukup sedap!! Nasi ayam dan tauhunya juga memang sedap!! Mari kita lihat gambarnya:

Tauhu goreng dengan sambal
Nasi Ayam Penyet
Pecal
Kami pesan empat nasi ayam penyet, satu tauhu goreng dan satu udang celup tepung. Dengan tiga cendol dan satu jus tembikai, bilnya tidak sampai enam puluh ringgit. Dengan masakan yang cukup sedap, Mak Aji rasa amat berpatutan sekali!

Ini pula butik Ummu Habibah, yang terletak di hadapan restoran, juga kepunyaan Haji Amir dan isterinya, Ibu Dewi:

Butik Ummu Habibah

Butik di hadapan restoran

Restoran Antan Batura

Insya-Allah kami akan datang makan lagi!
Apa kata anda cuba?? Tak cuba tak tahu! Untuk pengetahuan, pada hari minggu mereka juga menyediakan kanu dan bot untuk dinaiki. Kepada sesiapa yang berminat, berkunjunglah!!

Catatan: Ibu Dewi memang pakar masak, juga katerer di Surabaya. Kalau di sini wallahualam?!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...