Followers

Monday, 26 December 2011

Cantik Punya Pasal

Kalau namanya perempuan, tiada yang tidak suka kelihatan cantik Demi untuk cantik ramai yang sanggup berbuat pelbagai perkara untuk mencapai maksud tersebut. Ini termasuklah mendapatkan suntikan Botox yang mahal harganya. Untuk mereka yang masih mahu kelihatan muda dan cantik tetapi tidak mampu menampung kos Botox, ada segelintir yang begitu kreatif menggunakan bahan lain sebagai alternatif Botox dan sanggup menyuntik sendiri bahan alternatif tersebut! Lihat gambar di bawah (sebelum dan selepas): 

Sebelum dan selepas
Semasa dijemput dalam sebuah rancangan TV

Seorang wanita Korea, Han Mi-ok yang ketagih suntikan kolagen telah menyuntik wajahnya sendiri dengan menggunakan minyak masak,  losyen bayi dan mentega untuk menjimatkan kos. Hasilnya Han Mi-ok kini dikenali sebagai “wanita kipas elektrik” (kerana muka dan kepalanya kelihatan besar manakala badannya kurus - kelihatan seperti kipas angin).

Janet Hardt
Janet Hardt, 63, mungkin tidak pernah membayangkan bahawa niatnya untuk menjadi cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti laporan dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.

Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak akan menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi lebih cenderung menyebabkan kesan sampingan yang biasa sahaja. Ramai orang yang mempunyai kesan alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka seperti terbakar. Mungkin itulah yang dialami oleh Hardt.


Sumber: http://lamankongsi.blogspot.com/2011/12/wanita-maut-kerana-suntikan-botox.html#

Janet Hardt mengeluh kerana wajahnya terasa seperti terbakar disaat-saat sebelum beliau meninggal. Kematian Hardt dipercayai kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada ramai orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan kaedah ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.

Pengajaran untuk kita: Bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Setiap ciptaan Allah itu cantik, dan dengan itu tidak perlu diubah-ubah lagi. Kecantikan wanita juga bukan untuk tatapan orang lain selain suami masing-masing sahaja. Jadi marilah kita sentiasa beringat-ingat sesama kita kerana sesungguhnya kita sering alpa dan sentiasa memerlukan peringatan!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...