Followers

Tuesday 8 November 2011

Cara Mengelak daripada Penyakit Buah Pinggang

Berikut maklumat yang dipetik daripada buletin Yayasan Buah Pinggang Negara Bil.3, tahun 2011 untuk dimanfaatkan bersama:

1. Buat pengesanan awal melalui pemeriksaan tahunan untuk -
  • tekanan darah
  • ujian air kencing
  • ujian darah
Ujian air kencing
2. Periksa segera jika anda:
  • mempunyai penyakit kencing manis
  • menghadapi masalah tekanan darah tinggi
  • mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit buah pinggang, kencing manis atau darah tinggi
  • mempunyai batu dalam buah pinggang
  • berusia lebih daripada 50 tahun
  • mempunyai berat badan berlebihan
  • mengalami penyakit seperti Lupus (SLE), Rheumatoid Arthritis dan lain-lain
  • sudah lama memakan ubat tahan sakit
3. Amalkan diet yang seimbang:
  • kurangkan kandungan lemak, garam, dan gula dalam diet anda
  • tambahkan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran segar
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
Jangan lupa buah-buahan dan sayur-sayuran!
4. Amalkan senamam
  • sentiasa aktif secara fizikal selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Kalau kita bersenam nescaya lagi comel kan??
                                         
5. Berhenti merokok
  • merokok boleh mengeraskan saluran darah merosakkan fungsi buah pinggang
Wahai perokok lihatlah akibatnya, bukan shj kpd buah pinggang, malah kanser lagi!
                                               
6. Elakkan daripada mengambil ubat yang tidak perlu
  • ubat-ubatan tertentu boleh menjadi toksik terhadap buah pinggang, terutama sekali jika diambil dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh masa yang lama
Entah banyak mana yang dah masuk ke dalam sistem badan kita selama ini!?
                                              
INGAT, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...