Selepas selesai berkebun di
laman rumah, Mak Aji dengan Pak Aji ke
petshop untuk membeli merpati. Kami pilih dua pasang, seekor bintik-bintik hitam putih, seekor grey/kelabu asap bertompok-tompok dan dua lagi putih tetapi ada sedikit warna coklat di belakang. Tiada yang keseluruhannya putih (kata tuan kedai, yang putih keseluruhannyalah yang dibuat ubat - ubat apa tidak pula beritahu, Mak Aji pun tidak menanya). Semuanya diberi harga RM80.00.
Selain itu, Pak Aji juga beli anak ayam enam ekor, harga 3 ekor RM10.00. Setelah membeli segala keperluan tempat makan mereka dan sebagainya, kami balik. Berikut gambar ahli-ahli baru keluarga kami:
 |
Rumah burung yang siap sepenuhnya |
 |
masih takut-takut masuk rumah baru |
 |
malu nak turun makan minum! |
Di bawah pula anak ayam yang dibeli:
 |
enam ekor anak ayam baka ayam daging |
|
|
Bila hari nak hujan, Pak Aji ubah suai rumah sementara anak ayam menjadi seperti berikut:
 |
selubung dengan plastik dan tutup dengan payung supaya tak kena hujan! |
Kata Pak Aji, "Ayam pun nak pakai payung juga!" Apa-apalah!
No comments:
Post a Comment