Followers

Saturday 12 November 2011

Projek Terbantut

Hajat hati nak bantu Pak Aji selesaikan projek DIY-nya, namun maksud tak kesampaian kerana hujan. Awal pagi gerimis, tapi sekarang dah lebat. Walau bagaimanapun, pokok-pokok seronok dapat rahmat daripada-Nya. Mak Aji pun tidak perlu menyiram pokok pagi ini. 

Pun tengah berkira-kira untuk ke nurseri bagi membeli pokok tambahan untuk flower bed yang belum selesai. Kena tunggu hujan teduh dahulu. 

Seperti biasa, kalau hujan turun pagi-pagi hari minggu, alamat overtimelah tidur. Pak Aji terlena di sofa depan dan anak-anak kembali lena di bilik. Mak Aji aje yang sorang-sorang menghadap skrin. Mak Aji seperti biasa, pagi-pagi lagi buka tingkap dapur yang menghadap dusun orang belakang agar udara nyaman masuk ke rumah. Selepas ke hulu ke hilir di rumah, Mak Aji nak masuk ke dapur dan terkejut melihat tikus besar lalu di depan mata! Apa lagi, terus jerit panggil Pak Aji! "Tikus" terus tercari-cari jalan keluar sebab pintu dapur tertutup. Mak Aji pun hairan bagaimana tikus sebesar itu boleh masuk ke rumah?? Rupanya apabila diteliti betul-betul, "tikus" tersebut rupanya tupai yang agaknya tersesat masuk melalui tingkap!! Teringat pula yang Mak Aji selalu tengok dia melompat-lompat di tembok pagar belakang! Pagi-pagi lagi dah terkejut. Apapun Mak Aji bersyukur bukan tikus! 

camnilah rupanya, kurus sikit, ekor panjang, tak kembang!

Teringat pulak lagu dikir barat "Anak Tupai" yang dinyanyikan oleh Halim Yazid (rakan sekelas semasa di tingkatan 6 dahulu)...

... ada sekor anak tupa,
jale caghi make,
kudung ekor,
peghut lapa....

entah betul entah tidak liriknya!!!  Me no singer!

2 comments:

AsiahRSC said...

Pasal tak tangkap tupai tu jadi haiwan peliharaan ...

Ummu Madihah said...

aiyoh, tengok dari jauh pun dah geli, macam tikuslah, cuma lebih lompatnya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...