Followers

Saturday 12 November 2011

Love-Pillow

Semua orang tahu love-seat kan?? Tulah, kerusi untuk dua orang, jenis yang two-seater. Mak Aji ni sebenarnya dah lama terfikir-fikir cara nak selesaikan masalah bantal! Masalahnya, bila kita nak snuggle-up close dengan suami, biasanya kepala kita jatuh kat celah bantal kita dan bantal dia kan??  Kalau nak kongsi satu bantal, kecil sangat, tak muat! Jadi, Mak Aji terfikir nak tempah bantal panjang yang memang lebih daripada muat untuk dua orang, kalau terdesak, untuk tiga pun muat (bukan yang untuk seorang suami dengan dua orang isteri serentak - Obedient Wives Club tu???) - ini untuk anak yang takut tidur sendiri bila terdengar guruh berdentum, langsung join mak bapak tidur sekali! 


Jadi, pada suatu hari Mak Aji singgah ke kedai yang jual bantal kekabu, di Sungai Pelong, sebelah kanan jalan mengarah ke Kuala Selangor, sekitar 1 km selepas lampu isyarat di simpang empat nak ke Kuang  (promo ya, Puan Salmi!). Rupanya mereka terima tempahan juga. Terus Mak Aji bagi ukuran sarung bantal sedia ada, cuma dua kali ganda panjang sarung bantal. Selepas sekitar seminggu kemudian, bantal siap! Nak lihat hasilnya?? Ini dia:

bantal siap tapi tiada sarung bantal, jadi guna dua sarung bantal biasa!

another closer look
Amacam?? Selesai satu masalah negara! Masa tempah bantal, ingatkan Mak Aji dah berjaya mereka suatu ciptaan baru (nak patenkan kununnya!), rupanya tekaan meleset, sudah ada sebelum ini orang yang tempah bantal panjang, cuma tiada yang sebesar ini! Terus Mak Aji lupakan hasrat nak berdaftar dengan KPDNKK (paten!).

Kalau yang berminat, nak tahu harga?? Mak Aji bayar kalau tak silap RM46, sekali ganda harga bantal biasa. Macam dua biji bantal digabungkan saja. Terima kasih Puan Salmi! Thanks to her I can do a lot of snuggling-up without a hitch! Dia boleh dihubungi di talian 019-2396785. Nanti kalau sempat Mak Aji ambil foto kedainya.

2 comments:

AsiahRSC said...

Wah...boleh tempahkan untuk I? hahaha...I pun memang sellau tidur celah antara 2 bantal...aleh2 dah tidur tanpa bantal!!! hehehe. Dua minggu, dua minggu oi...lagi nak berkepit!!!

Ummu Madihah said...

I tahu ramai yg hadapi masalah ni, cuma takde siapa yg bersuara! Segan kut! U lagilah perlu bantal ni, selalu berjauhan. Kalau betul I boleh tempahkan, dia guna kain belacu, kalau kain lain harga lebih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...