Followers

Saturday, 16 June 2012

Matahari Luar Biasa Cantik

Beberapa pagi lepas semasa kami keluar dari rumah, Pak Aji asyik memuji betapa cantik dan luar biasanya matahari pada pagi itu. Mari kita saksikan:




Foto ini pula merakamkan matahari dan bulan yang hadir pada pagi yang
sama - bulan di kiri ya!!  he he!! Gotcha - lawak sikit petang-petang ni!



Istana Berjerebu

Seperti tahun-tahun lepas, jerebu kembali lagi pada tahun ini. Entah bilalah keadaan akan berubah!? Selagi ada golongan yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan mudarat kepada orang ramai, maka selama itulah perkara sebegini akan berterusan!!

Semasa Mak Aji dalam perjalanan ke KL dengan Pak Aji (kali ini berkereta), Mak Aji sempat merakamkan foto Istana Negara di selubungi jerebu:

Foto dirakam sekitar jam 7.30 pagi.
Foto lebih dekat.




Friday, 15 June 2012

Gelagat Cucu

Anak Mak Aji, Along (tentunya yang sulung) mengirimkan gambar anak-anaknya dengan motor baru mereka. Ingin pula Mak Aji kongsikan di sini:

Naufal dan Imran naik motor di tengah-tengah panas ceng ceng!!

Mengikut cerita Along, menantu Mak Aji entah macam mana telah terjanji yang dia akan belikan motor buat Naufal. Apa lagi, ditagihnya janji setiap kali abahnya balik kerja. Tanpa menyelidik dahulu harga motornya, abahnya pun membawa budak-budak itu untuk memilih motor yang dijual di kedai berdekatan rumah mereka. Terkejut juga abahnya - terbang duit aku lima ketul!!


Yang mana satu idaman kalbu, ..........  layan.....

Catatan: Moral cerita, selidiklah dahulu sebelum berjanji - jangan cepat menyanggup, kalau tidak, demi menunaikan janji, diri terpaksa gigit jari!! 



Thursday, 14 June 2012

Monorel Koner Baring

Pada pagi ini Mak Aji sengaja duduk betul-betul di belakang pemandu koc monorel untuk melihat cara dia mengendalikan koc tersebut. Mak Aji naik dari stesen KL Sentral ke stesen Raja Chulan. Stesen KL Sentral ialah stesen terakhir dan semua penumpang perlu turun untuk menyambung perjalanan dengan komuter (macam Mak Aji) dan sebagainya. 


Laluan monorel
Syukur ada monorel yang murah, cepat dan selesa!!

Koc bergerak selepas pemandu melihat lampu hijau di hujung hadapan stesen. Gearnya lebih kurang sama dengan gear kereta bertransmisi automatik. Sejurus sebelum menghampiri stesen berikutnya, pemandu memicit butang lantas berbunyilah, "stesen berikutnya, Sambanthan." Koc akan diberhentikan di tempat yang pemandunya betul-betul selari dengan cermin sisi besar (berukuran diameter 2 kaki - untuk menjamin jangan ada penumpang yang tersepit semasa hendak naik turun agaknya?) yang terletak di sisi stesen. Begitulah seterusnya sehinggalah koc tiba ke destinasi hujung sana iaitu Titiwangsa.   

Bila diperhatikan, sebenarnya memandu koc monorel lebih kurang sahaja dengan memandu kereta, kecuali tiada kenderaan lain yang menggunakan 'jalan' monorel. Ada pemandunya yang memandu agak perlahan dan berhati-hati dan ada juga yang agak sedikit ganas sehingga membuat koner baring!! Jangan sampai tanggal tayar macam yang terjadi pada awal-awal dahulu, sudah! 

Seperkara yang timbul di benak - perlukan pemandunya mempunyai lesen B atau B2 atau D atau yang semacam itu ya?? 



Dressing Down

Semenjak dua menjak menggunakan kenderaan awam untuk berulang alik pergi kursus di KL setiap pagi, banyak perkara yang terpaksa disesuaikan dengan keadaan tersebut. Salah satunya - dressing down. Kalau ke pejabat Mak Aji mengenakan full dress (macam full dress rehearsal pulak, he he!!). Maksudnya tu, pakai baju kurung, bersiaplah sedikit sebanyak. Dengan dressing down Mak Aji tanggalkan barang kemas, kecuali dua bentuk cincin sahaja (mengamalkan konsep minimalis di sini). 


Dressed up for work - sekadar hiasan.
From dressing up to dressing down.

Dari segi pakaian pula, apa sahaja asalkan selesa dengan cuaca panas yang kadang-kadang agak terik - Mak Aji banyak berjalan, maka banyaklah berpeluh. Dengan itu, banyaklah pakai baju kain kapas. 

Kalau di ofis Mak Aji agak visible sebab sudah agak senior dari segi usia dan pangkat, sekarang Mak Aji agak invisible (takes a lot of getting used to the new situation - bagus juga sebab bila pencen memang akan menjadi invisible pun!! Sekarang Mak Aji hanya melihat ramai orang yang 'tanpa wajah' - Mak Aji pun menjadi orang yang tanpa wajah. 

Mak Aji sebenarnya sudah biasa dress down, terutama sekali semasa memandu berseorangan berulang alik dari JB ke KL semasa bertugas di JB beberapa tahun lepas. Ini kerana demi keselamatan diri - you never want to be visible to negative elements!! Kalau boleh pakai seselekeh mungkin agar tiada siapa pun peduli, agar potential robbers or as such would not blink an eye at you!! 

Perkara ini memang amat penting (walaupun memang ada yang tidak sanggup hendak buat) apa lagi dalam situasi semasa yang banyak berlaku kes samun, rogol, bawa lari kereta dsbnya! Tiada gunanya melawa, memakai barang kemas berjurai, mempamerkan kemewahan tetapi pada hakikatnya membahayakan diri dan menjadikan manusia penjahat terliur untuk mendekati! 

Catatan: Yang bagusnya Mak Aji rasa bebas, tidak takut walaupun berjalan sendiri (waktu siang sahaja). Hati juga terdidik untuk zuhud sedikit, insya-Allah! - Pak Aji suka tu!



Wednesday, 13 June 2012

Gubahan Bentuk Formal Linear

Pertama-tamanya untuk gubahan ini, Sally mulakan dengan teori di sebalik gubahan ini. Teori amat penting diketahui agar tidak tersesat jalan! Banyak elemen yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan gubahan ini! Antaranya ruang, warna, pergerakan, bekas bunga, suasana dan banyak lagi....... Kita lihat dahulu hasil karya Mak Aji:

Hasil yang siap - pun sayang foto agak kurang terang!

Berikut pula foto lain dari dekat:

Dari dekat agar lebih jelas.
Manis warna bunga anthurium (boy flower - see the resemblance??
 - thus the name!
)

Pada peringkat awal Mak Aji disuruh buat lakaran tentang gambaran gubahan yang ingin dihasilkan. Setelah dikomen dan diberi tunjuk ajar, barulah benar-benar menghasilkannya! 

Suatu perkara yang menarik - Sally suruh cucuk dawai pada leher batang bunga anthurium agar boleh dilentur bagai ahli jimnastik! Setelah dicucuk dawai, dilentukkannya hinggakan Mak Aji kata - "ini memang berfikir betul-betul di luar kotak!" - dibuatnya sampai melentik - perhatikan foto paling atas! Begitu kreatif Sally ini! 

Sebagai makluman tambahan, hari ini Mak Aji jumpa lagi seorang pelajar yang asalnya dari Banjarmasin,  Sumatera, Indonesia, seorang pelajar bidang perakaunan di sebuah kolej swasta di KL. Dia berbangsa Cina dan fasih berbahasa Melayu - rupa 'sebiji' Cina tetapi cakap 'sebiji' Melayu!! Memang international sifatnya pelajar Sally ini!! Tidak rugi belajar daripada guru yang begini!

Catatan: Kursus kali ini memang menuntut agar Mak Aji betul-betul berfikir di luar kotak, malah jauh di luar kotak (jangan sampai lupa hendak balik semula ke kotak, dek kerana jauh sangat pergi, he he he!). Kalau orang muda lebih lagilah kreatifnya berbanding ayam tua ini!!




Gubahan Bentuk Selari

Gubahan bunga seterusnya pula berbentuk selari. Bentuk ini boleh dikatakan agak sedikit luar biasa bagi kita yang tidak biasa dalam bidang ini. Setelah Mak Aji diberikan teori tentang gubahan ini serta beberapa contoh gubahan Sally sendiri, juga hasil kerja tangan pelajarnya yang lain, maka Mak Aji pun kenalah menghasilkan karya sendiri pula!:

Bentuk selari (parallel design form) -  menegak (vertical).

Maaf ya, foto agak kurang terang, kurang pencahayaan. Bekas bunganya pula hitam, jadi lagilah gelap. 

Bentuk ini agak ringkas dan tidak padat gubahannya dan berbentuk menegak. Ada pula jenis gubahan selari bentuk melintang seperti di bawah yang dihasilkan oleh seorang rakan pelajar Sally. Saksikan:


Bentuk selari melintang.
Dari dekat - menarik sekali!

Mak Ajilah, kalau tidak belajar, manalah pernah lihat yang main cucuk bunga melintang sebegini!!?? Ini kali pertama tengok dan memang menarik dan ingin rasanya mencuba sendiri!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...