Followers

Wednesday, 23 May 2012

Beary Nice Gift

Kalau menghadiri konvokesyen, kita sering lihat jambangan bunga yang diberikan kepada graduan. Kekadang di celah-celah bunga ada diselitkan teddy bear seekor dua. Kalau selama ini Mak Aji kurang perhatikan sangat fasal teddy bear, pada kelas berikutnya Mak Aji belajar menghasilkan teddy bear sebagai hadiah! Untuk mereka yang minat teddy bear (Aieyda memang suka, kan!!) tentu entri ini akan menarik minat anda.  

Teddy bear juga sering dijadikan hadiah sempena Hari Kekasih (walaupun orang Islam tidak sepatutnya menyambutnya!). Apapun, lihat dahulu 'jambangan' teddy bear yang sedia ada di kedai So-sen:

Bear yang boleh dibeli satu-satu.
Kombinasi bear besar dan kecil, juga dengan coklat!
Ini gubahan bear sahaja mengikut tema hijau.
Ini juga bertema hijau ungu.
Ini bertema ungu dan merah jambu.
Ini pula menggunakan pelbagai warna.

Kalau hendak tahu, pembikinannya agak rumit dan memakan masa. Kalau 'jambangan' besar, mahu makan tiga hari menyiapkannya! Pada akhir hari ketiga urat tangan minta ampun - sakit wei dek kerana dok memulas!! Harganya? Sekitar sekurang-kurangnya RM250.00!! Patutlah harganya mahal!!

Okeylah, bila sudah selesai tengok hasil kerja tangan profesional, mari kita lihat pula hasil kerja tangan 'budak' yang baru belajar!:


Pilih warna tema, lepas itu, sula bear! Kesian dia!
Selepas menyambung buluh sula, balutkan buluh, buatkan kelopaknya. 
Kemaskan kedudukannya supaya tidak lari.
Lapisan luar yang pertama - agak pucat.
Selepas diletak lapisan kertas kedua, naik serinya
apa lagi dengan kemasan riben .

So, how's my beary nice gift?? Beary nice eh!!


Saturday, 19 May 2012

Kondo Penjara

Sambil menunggu komuter tiba, Mak Aji terpandang kondo Putra yang bersebelahan Jalan Kuching. Suatu ketika tidak lama dahulu keluar berita tentang kematian anak kecil salah seorang mantan Menteri Besar sebuah negeri di utara kerana terjatuh dari balkoni kondo itu. Agaknya ekoran dari itulah sebahagian daripada balkoni kondo di sini dipasang jeriji sampai ke atas! Rupanya sungguh tidak cantik, nampak melemaskan, seolah-olah berada di penjara. Lihat foto yang dirakam:

Kondo penjara!

Walau harga kondo mahal (berjuta agaknya??) entah bagaimanalah hidup terpenjara begini??


Pengalaman Berharga

Sepanjang berkursus beberapa hari lepas, Mak Aji minta Pak Aji hantarkan ke stesen komuter Sg. Buloh supaya Mak Aji boleh menaiki komuter terus ke stesen Putra, berjalan ke stesen LRT PWTC, berhenti di stesen berikutnya iaitu Titiwangsa, berjalan lagi untuk akhirnya menaiki monorel terus ke stesen Raja Chulan. Tempat berkursus betul-betul di hadapan stesennya. 

Pada awalnya memang penat, susah hendak cerita tetapi setelah beberapa hari alhamdulillah badan terasa ringan dek kerana berpeluh sampai ke keting (pakai baju kurung kain kapas agar boleh meresap peluh!). Nasiblah siapa yang duduk dekat-dekat dengan Mak Aji, kalau terbau peluh asin, he he!! 

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan - tersilap naik komuter ke Bt. Caves dan bukannya ke Rawang (dalam perjalanan balik ke rumah!). Apa lagi, kena balik ke stesen Putra barulah balik ke Sg. Buloh. Padan muka - leka sangat memerhati orang!

Apa yang Mak Aji paling suka naik komuter ialah adanya koc khusus untuk wanita ( a real blessing!). Kalau selama ini wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan lelaki, sekarang tidak lagi. Hendak tengok macam mana rupanya koc baru ini? Lihatlah:

Spanking new China made KTM coach! Masih berbau kedai!
Dari dalam.
Juga dari dalam. 

Sebenarnya Pak Aji lebih suka kalau Mak Aji bawa sahaja kereta dan tinggalkannya di ofis lalu berjalan sedikit dan naik monorel di stesen Hang Tuah. Namun, Mak Aji berkeras untuk bersusah sedikit kerana ingin memaksa diri berjalan (untuk menyihatkan badan) dan mengharung semua itu. Paling tidak Mak Aji dapat beli beg dan kasut baru yang sesuai untuk cara begini!! He he, jangan beritahu Pak Aji!!

Mak Aji sudah dekat sangat hendak pencen, jadi kalau tidak payah pergi ke ofis, walaupun untuk letak kereta percuma, rasanya lebih baik. Hidup Mak Aji akan jauh berbeza daripada apa yang dialami selama hampir 30 tahun. Lebih cepat Mak Aji 'meleraikan' diri daripada ofis, maka itu lebih baik. Walaupun dari segi fizikalnya berada di ofis, sebenarnya hati Mak Aji sudah berada di rumah. 

Catatan: Pada mulanya ingatkan seminggu terakhir di ofis nanti bertujuan untuk menyelesaikan apa-apa hal lagi yang belum selesai, rupanya semua urusan, kecuali dengan LHDN, sudah selesai. Maka Mak Aji akan hanya berkemas barang-barang sahaja - bukan banyak pun! After that, I'm a free woman, free to do whatever and whenever I please (tentunya yang sepatutnya sahaja!).



Friday, 18 May 2012

Bungkus Hadiah Pelbagai Bentuk

Pada hari keempat kursus, Mak Aji belajar membungkus hadiah pelbagai bentuk dengan pelbagai gaya. Ada cara membungkus hadiah (contohnya kotak empat segi) dengan kaedah serong (diagonal), ada yang secara lurus (side) dan ada yang mengikut bentuk (contohnya kotak biskut berbentuk silinder atau botol). Berikut foto hadiah yang dibungkus pada hari ini:

Diagonal wrap finished with a single butterfly bow.
Pandangan dari belakang.

Mak Aji rasa jenis bungkusan di atas memang agak biasa dan Mak Aji sendiri sudah biasa membuatnya. 


Cross wrap.

Yang di atas ini juga sudah agak biasa dibuat. Berikut pula bungkusan yang memang mencabar. Mak Aji sengaja memilih kertas pembalut yang agak keras dan tebal. Jadi, menghasilkan bungkusan yang kemas memang agak sukar tetapi apabila siap, memang memuaskan hati!!


Cylinder wrap.

Berikut cara bungkusan yang paling Mak Aji suka dan paling berpuas hati menghasilkannya. Perhatikan lipatan seakan-akan kain Saloma, dengan corak umpama lace, agak seksi, apa lagi dengan bentuk botol yang ramping umpama kerengga!! Bungkusan ini menggunakan dua lapis kertas pembalut jenis tisu.


Bungkusan botol yang dasarnya empat segi.
Perhatikan lipatan pada bahagian bawah 'kainnya!'

Berikut pula keseluruhan hasil kerja seharian:


Seharian menghasilkan semua ini.

Berikut dua hasil gubahan bunga jenis Eropah (juga ada pengaruh Timur - Ikebana) karya dua pelajar Sally (guru), seorang dari Bandung dan seorang dari Jakarta (mengikut suami bertugas di sini). Cantik sekali gubahan meraka dengan bimbingan Sally).

Hasil pelajar dari Bandung.
Mak Aji suka yang ini - karya pelajar dari Jakarta.

Mak Aji juga tidak lupa mengendeng setiap kali ada tempahan daripada pelanggan. Berikut fruit basket untuk pelanggan. Rasanya tidak susah untuk menghasilkan gubahan yang seperti ini! Saksikan:


Ada tiga unsur, buah, bunga hidup dan riben.
Ribennya French bow dengan kombinasi dua jenis riben.
Agak simple tetapi cukup menarik!

Jumpa lagi, insya-Allah!!!


Buat Beg Pula

Hari ini Mak Aji belajar buat beg untuk mengisi hadiah sebagai cenderamata. Rupa-rupanya ada pelbagai bentuk dan pelbagai bahan yang boleh digunakan. Lihat apa yang dihasilkan sepanjang hari ini:

Ini beg comel untuk mengisi hadiah bersaiz comel juga.

Beg ini boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz bergantung kepada saiz hadiah yang akan diisi. Jenis bahan yang digunakan juga bergantung pada berat hadiah - kalau berat guna jenis kertas keras dan tebal. Untuk mengemaskannya boleh digunakan tali yang rupanya seperti tali kasut untuk dibuat pemegangnya atau dibubuh riben dan diikat sahaja.

Bahagian dalamnya.
Ini beg berbentuk kemeja berkolar yang juga dikemaskan dengan riben.

Jenis beg ini sesuai untuk hadiah yang leper dan besar seperti kotak set baju bayi, kemeja lelaki (kena ubah suai jenis kolarnya - kolar ini Mak Aji sesuaikan bentuknya seolah-olah hadiah ini untuk Mak Aji (thus the round collar! he he!). Kalau untuk lelaki, kolarnya tentu lurus sahaja. Corak kertas pembalut juga perlu dipilih betul-betul agar sesuai dengan penerimanya. Ribennya jenis single butterfly bow


Perbandingan saiz beg yang dihasilkan.
Beg daripada waterproof tissue paper.
Pandangan dari belakang

Ini beg terakhir yang dihasilkan - jenis dua lapis menggunakan waterproof tissue paper. Di sini dua warna digabungkan menghasilkan beg yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, salah satunya untuk meletakkan hadiah berbentuk pokok bunga hidup sebagai hadiah, seperti pokok bonsai kecil, atau untuk diletakkan sejambangan bunga! Sedikit sukar menghasilkannya tetapi hasilnya cukup menarik!

Berikut beberapa foto yang sempat dirakam di kedai bunga tersebut yang ditempah pelanggan - moga menjadi idea untuk kita hasilkan sendiri!:

Ini teddy bear dengan belon, cukup comel untuk penerima hadiah cilik!
Yang ini mak budak pun suka! Tidak termasuk pokok
hijau dibelakang ya!

Hadiah terakhir berupa teddy bear besar sedikit bersama-sama coklat Ferrero Rocher dan juga sejambangan bunga kecil - siapa yang tidak suka menerima hadiah seperti ini!!?? 

Catatan: Tidak sabar rasanya untuk menghasilkan hadiah bunga hidup pula!


Wednesday, 16 May 2012

Belajar Buat Hamper

Hari ini hari kedua kursus dan pada hari ini Mak Aji belajar cara membungkus hamper. Pengalamannya cukup menyeronokkan, sehinggakan berpeluh-peluh dibuatnya! Sekarang kalau diminta tolong buat hamper insya-Allah sudah agak yakin menghasilkannya! Berikut hasil akhir dua jenis hamper dan fruit basket yang Mak Aji hasilkan pada hari ini!:

Hamper seperti yang biasa kita lihat di pasar raya.
Hamper dari dekat
Riben yang mengemaskannya.
Ini pula hamper jenis rendah.
Juga dikemaskan dengan ikatan dan juga riben.
Fruit basket dengan epal, pir dan juga mangga.

Sekarang Mak Aji tidak lagi mengalami fear of heights apabila melihat hamper tinggi berbentuk piramid ini sebab kalau kena cara membuatnya insya-Allah akan menjadi besar, teguh, peramah seperti Chartered Bank!! He he!!


Tuesday, 15 May 2012

Mula Kursus

Alhamdulillah seperti yang dirancang, Mak Aji mula menjalani kursus sebelum pencen bermula hari ini. Insya-Allah kursus akan berlangsung sehinggalah 22 Jun 2012. Kursus dibiayai sepenuhnya oleh ofis Mak Aji, alhamdulillah. Kalau hendak keluar belanja sendiri alamatlah tidak selama itu kursusnya. Pasti jauh lebih singkat demi mengurangkan kosnya!! 

Untuk anda yang bakal mengikut jejak langkah Mak Aji, yang hampir hendak berpencen, rancanglah lebih awal kursus apa yang anda minati. Terlebih dahulu pastikan anda hadiri dahulu kursus Asas Perniagaan anjuran INSKEN agar anda layak menjalani kursus yang anda pilih nanti! (maklumat ini kakitangan kerajaan sahaja ya!).

Pada hari ini Mak Aji belajar perkara-perkara asas mengenai pembungkusan hadiah - apa bahan yang boleh digunakan sebagai kertas pembalutnya, jenis-jenis pembalut hadiah, pembalut hadiah apa yang sesuai untuk hadiah apa, dan seumpamanya. Yang keduanya Mak Aji belajar membuat pelbagai jenis riben daripada pelbagai jenis bahan. 

Sebenarnya Mak Aji sudah agak biasa dengan membuat riben cuma Mak Aji baharu tahu bahawa dunia riben ini cukup luas!! Sally yang mengajar melawak dengan mengatakan bahawa malam ini Mak Aji makan nasi berlauk riben!! He he he!

Selepas ditunjuk ajar, Mak Aji buat sendiri ribennya dan pada masa yang sama merakamkan foto hasilnya agar tidak lupa dan sebagai dokumentasi! Berikut beberapa jenis yang Mak Aji hasilkan!:

Single butterfly bow.
Single butterfly bow menggunakan jenis riben yang berbeza.
Pun menggunakan riben berbeza.
Figure 8 butterfly bow.
French bow
Kaedah cross cut dan bukannya dua 'v' di kiri kanan seperti yang biasa dibuat.

Kaedah cross cut ini sebenarnya perkara baharu yang dipelajari. Kalau selama ini Mak Aji menggunakan kaedah memotong dua bentuk 'v' di kiri kanan, rupanya kaedah yang ini lebih baik, lebih kuat dan kurang mungkin koyak ribennya!

Double butterfly bow siap dengan sesungutnya sekali!

Mak Aji cukup suka dengan double butterfly bow dengan sesungut sebab ia dikemaskan lagi dengan lingkaran manik di bahagian tengahnya. Sesuai untuk hadiah istimewa atau untuk musim perayaan. Riben ini bukan Mak Aji yang hasilkan, memang sudah siap.

Star bow menggunakan kertas majalah.
Ini juga star bow yang dibuat menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.
Pom-pom atau puffy bow (jenis Aster).

Sebenarnya pom-pom terbahagi kepada empat jenis termasuk Aster, iaitu Poinsettia bow, Chrysanthemum bow dan akhirnya Carnation bow. Kesemuanya hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan dari segi rupa hujung setiap kelopak riben, iaitu mirip jenis bunganya yang sebenar.

Satu perkara tambahan yang Mak Aji dapat belajar hari ini ialah rupa-rupanya bunga segar boleh kita tegakkan batangnya jika melentuk atau agak lembut, iaitu dengan menyucuk dawai bunga pada kelopak dan kita balutkan batangnya dengan kertas lilit yang berwara hijau (yang biasa kita gunakan untuk bunga tiruan), seperti pada foto ini!!:

Ini bunga segar gerbera atau African daisy.

Pengalaman berkursus pada hari ini cukup istimewa, banyak perkara baharu dipelajari, dan Mak Aji tidak sabar untuk menunggu perkara baharu yang bakal dipelajari esok!! At long last I get to learn something I really enjoy!! Alhamdulillah!!

Catatan: Lupa untuk dimaklumkan, sebenarnya nama kursus yang dihadiri: Amateur Gift-wrapped and Floral Design Course di So-sen Florist, di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Raja Chulan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...