Followers

Monday, 24 December 2012

Jalan-jalan ke Pasar Sidoarjo

As-salam.

Juga cerita dari Surabaya (tak habis-habis ya!). 

Selama di sana Mak Aji berpeluang ke pasar kota Sidoarjo. Saksikan beberapa foto menarik yang sempat dirakam:

Ikan rebus bersusun.
Ikan tongkol rebus.
Buah nanas mini.
Dari dekat.
Barangan tembikar.
Tembikar lagi.
Kelapa siap kopek.
Buah avokado masak cukup sedap dibuat jusnya yang pekat!!
Buah avokado (alpukat).
Taugeh ini dibiar kering sahaja - tidak disimpan di dalam air!!
Sekitar pasar.
Alat timbang yang rata-rata digunakan di pasar. Cukup menarik!!
Kereta KIJANG di luar pasar.
Strawberi dan anggur tempatan yang walau kecil cukup manis rasanya.
Punyalah banyak tempe yang dijual!!
Nasi impit dalam daun pisang.
Cukup seronok apabila Mak Aji menemani Ibu Dewi ke pasar. Lain tempat lain pula gayanya ya! Seperkara yang menarik, taugeh di sana dijual tanpa diletakkan di dalam bekas berisi air. Sebaliknya di dalam bekas kering. Taugeh ini tahan disimpan selama lebih kurang 10 hari dalam peti ais tanpa perlu diletak dalam air! Pelik, kan!! 

Buah avokadonya pula cukup murah berbanding di sini. Jus avokado ini memang kegemaran Mak Aji. Sepanjang di sana entah berapa gelas yang Mak Aji minum! 

Jus alpukat yang cukup sedap!!
Masih terasa di tekak kesedapannya!!



Jangan Sakit Lagi Tau!

As-salam.

Mak Aji ada berpesan kepada anak-anak di Surabaya - jangan sakit lagi tau! Hendak tahu mengapa? Kos perubatan di sana cukup mahal berbanding di sini! Tidak hairanlah ramai orang seberang akan menyeberang ke mari untuk mendapatkan rawatan! Mengikut Ibu Dewi, kos bersalin sekitar RM10,000 dan untuk pembedahan apendiks sahaja kosnya mencecah sehingga RM7,000! 

Kos perubatan Asyraf tempoh hari mencecah 4 juta lebih - sekitar RM1,200. Itupun di hospital swasta agak sederhana, bukannya yang di kota besar! Ubat-ubatan juga mahal di sini berbanding di tanah air kita. Kalau sakit, kita perlu jumpa doktor dahulu, doktor memberi preskripsi dan kita perlu ke farmasi (apotik) untuk membeli ubatnya. Doktor hanya memberi konsultasi sahaja.

Apapun, kita hanya mampu berdoa dan berharap yang terbaik, yang menentukan segalanya, Allah SWT. 

Perkhidmatan yang disediakan oleh hospital.
Beg ubat Asyraf.


Jalan-jalan Surabaya

As-salam.

Pada jam 9 pagi kami siap bersarapan di hotel dan sebuah van (masih berbau kedai barunya!) sudah menunggu kami untuk dibawa berjalan-jalan di Surabaya.

Kami ke kota Surabaya dan terus ke Pusat Grosir Surabaya atau PGS ('peh geh es' kalau ikut sebutan mereka!), sebuah tempat membeli belah secara borong. Setelah itu kami ke Ampel (makan tengah hari di situ), seterusnya ke Mitra (tempat membeli keropok, belacan dan lain-lain). Setelah menyinggah untuk makan malam, kami balik ke hotel keletihan!

 
Bersiap sedia untuk jalan-jalan.
Di tepi jalan berhampiran PGS.
Dari dekat - pelbagai barangan kayu - skirting, kayu pemanis dan sebagainya.
Tugu Pahlawan

Sejenis makanan agaknya - pohong???
Bangunan Pusat Grosir Surabaya.

Pada hari kedua, kami bermula awal, sekitar jam 7 pagi (waktu Subuh masuk sekitar jam 4 lebih pagi!!). Kami terus menuju ke Malang, menuju ke Batu. Destinasi kami, kebun epal dan strawberi. 
Dengan membayar 54,000 rupiah seorang (kami berlapan) kami mengambil pakej seperti di bawah:

Pilih sahaja pakej yang sesuai untuk anda!
Buah dan sayur yang dijual.
Strawberi yang dijual.
Lettuce merah yang ditanam.
Buah markisa dalam perjalanan ke kebun strawberi.
Pokok strawberi di tanam di dalam karung di tanah.
Bunga strawberi.
Madihah dengan empat biji yang dipetiknya.
Mak Aji pun enter frame gak!
Yum yum!!
Singki disediakan untuk bersihkan strawberi yang dipetik.
Buah, jus serta puding strawberi!
Penkek strawberi.
Di hadapan chalet di kawasan kebun apel.
Pokok apel yang sarat dengan buah.
Seorang dibenarkan untuk memetik dua biji sahaja.

Setelah seharian jalan-jalan, masing-masing balik keletihan. Walaupun begitu, Mak Aji, kakak serta Madihah (tukang tunjuk tempat) ke spa di Pasuruan - program kaum ibu! Tunggukan entri seterusnya!!


Catatan: Anda juga boleh merujuk www.greenfingers898.blospot.com untuk menatap foto lain yang berkaitan dengan kunjungan ke Surabaya ini! Enjoy!




Ketentuan-Nya

As-salam.

Home Sweet Home! Betapa leganya hati ini apabila menjejak kaki ke rumah setelah berada di negara orang selama dua minggu. Mak Aji pulang pada 19 Disember lalu. 

Perkara pertama yang disemak, pokok di laman! Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja kecuali satu yang terkesan - berada di porch dan tidak disiram hujan, juga tidak disiram oleh anak bujang! 

Mak Aji dan Pak Aji sudah sebelum ini merancang ke Banjarmasin pada 5-10 Disember (Pengajian Akbar bersama-sama Ustaz Fahmi Zam Zam di Pondok beliau bersama-sama sekitar 300 lebih anak muridnya dari seluruh Malaysia). Pada 13-19 pula kami merancang ke Surabaya untuk menziarah anak-anak. Walau bagaim,anapun, kita hanya mampu merancang, hanya Allah SWT yang menentukan segala-galanya. 

Asyraf menelefon memaklumkan bahawa dia demam. Kami ingatkan demam biasa sahaja dan menyuruhnya makan ubat demam yang dibekalkan. Walau bagaimanapun demamnya berulang-ulang kali datang balik. Dia disuruh ke hospital, diberi ubat dan balik ke pondok. Selepas itu demam datang lagi lalu dia ke rumah Ibu Dewi (isteri kawan baik Pak Aji) dan setelah ke hospital lagi didiagnos menghidap typhoid dan dinasihatkan agar ditahan di hospital. 

Mak Aji tidak tentu arah dibuatnya setelah dia dimasukkan ke hospital. Tiket segera dibeli dan Mak Aji ke sana pada 4 Disember bersoerangan sebab Pak Aji tetap ingin ke Banjarmasin (juga berseorangan). 

Petang hari yang sama Mak Aji sampai di Surabaya dan ke rumah Ibu Dewi. Pakaian disiapkan dan Mak Aji terus ke hospital untuk meneman Asyraf. Ini rupa hospitalnya:

Rupa hospital dari hadapan - memanjang ke belakang.
Papan tanda di tepi jalan.
Ini pula Asyraf di katil pesakit:

Kasihan anakku monyok!



Sempat lagi peace!
Ada TV - tengok TV sampai jemu!
Juga ada peti ais satu pintu serta katil untuk tukang tunggu - Mak Ajilah.


Alhamdulillah setelah 4 hari ditahan, Asyraf keluar hospital dan kami balik ke rumah Ibu Dewi. Sepanjang kami di hospital, Ibu Dewi setiap hari mengirim makanan untuk Mak Aji - tiga kali sehari! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baiknya! 

Setelah sehari dua di rumah Ibu Dewi, kami dihantar oleh pemandu (supir) Ibu Dewi ke Pasuruan untuk menemui anak Mak Aji yang seorang lagi, Madihah. Perjalanan dari Sidoarjo ke kota Pasuruan dengan berkereta mengambil masa sekitar sejam lebih.

Kami menginap do Hotel Pasuruan, yang jaraknya dengan pondok Madihah hanya berjalan kaki selama 5 minit. Penginapan berbentuk motel dan agak sederhana tetapi cukup selesa.

Papan tanda di pintu masuk ke hotel.


Hotel Pasuruan yang serba sederhana tetapi cukup selesa.

Reception.
Kami menginap di situ selama tiga hari dan sepanjang masa tersebut Madihah juga menginap (pagi ke pondok dan petang balik dengan makan tengah hari kami siap berbungkus).

Sehari sebelum temu janji Asyraf di hospital, kami pulang ke rumah Ibu Dewi lagi (hospital dan rumah Ibu Dewi jaraknya cuma sekilometer dua sahaja). Kami menginap selama dua tiga hari lagi dan pada 13 Disember (malamnya) kami berdua (dengan beg baju kami) ke lapangan terbang (bandara) Surabaya untuk menunggu Pak Aji serta kakak dan keluarganya datang.

Dari lapangan terbang kami menaiki dua buah teksi (tambang 280,000 rupiah - dapat diskaun sebab harga biasa 300,000 rupiah!) menuju ke Hotel Pasuruan - tiba jam 2 pagi!

Pagi esoknya kami berjalan sekitar kota Surabaya dan ke Malang. Pada 16 Disember kakak dan keluarga kembali ke tanah air manakala kami balik ke KL pada 19 Disember. Ikuti jalan-jalan kami dalam entri seterusnya!!




Streamy Oh Streamyx

As-salam.

Dalam entri yang lepas Mak Aji menyebut masalah internet dan pada hari ini masalah ini masih berlanjutan!! Mak Aji sudah dapat dua nombor laporan, sudah berpuluh kali menelefon Telekom, kontarktor Telekom. Kontraktor Telekom juga sudah berkali-kali datang ke rumah, memeriksa di luar rumah dan sebagainya tetapi masalah masih sama! Pagi ini sepatutnya kontraktor datang lagi tetapi tidak datang juga! Esok sudah Krismas pula! Nasib baik boleh gunakan telefon bimbit sebagai hotspot - itu yang dibuat sekarang! Letih betul rasanya dengan servis Telekom ini!!

Sampai bila nak ok ni???????

Grrrrrrrr!!!!



Tuesday, 4 December 2012

Cuti Lagi

As-salam.

Talian streamyx masih bermasalah di rumah. Sudah berkali-kali laporan dibuat dan sudah berkali-kali kontraktor datang, sudah ditukar modem yang baru tetapi masalah masih berlanjutan. Kata mereka kotak di luar perlu dibetulkan - entah apa-apalah mereka ini!! Kalau mengikut piagam pelanggan mereka kita akan dihubungi dalam tempoh 24 jam, tetapi sehingga kini tiada siapapun yang telefon dan talian masih problem lagi!!! Berasap kepala ini memikirkan!

 Sudahlah internet bermasalah, anak bongsu Mak Aji, Asyraf yang menuntut di Surabaya memaklumkan yang dia demam tidak baik-baik selama beberapa hari. Dia ke rumah mak angkatnya di Sidoarjo dan ke klinik lagi dan terus dimasukkan ke hospital di sana. 

Sebenarnya Mak Aji sudah membeli tiket untuk menziarah anak-anak di sana pada 13 Disember ini, tetapi dek kerana Asyraf sakit, maka Mak Aji terpaksa abaikan tiket tersebut dan akan berlepas ke sana petang ini. Jadi, blog akan bersawang lagi sehinggalah Mak Aji balik insya-Allah 19 Disember nanti. Until then, adios! Tolong doakan kesihatan Asyraf ya! Oh ya, Asyraf disahkan terkena typhoid.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...