Followers

Thursday, 20 November 2014

Meroti Sambil Menghabiskan Stok

As-salam.

Stok inti pes kacang merah dan jagung masih banyak di dalam freezer. Tempoh luput sudah semakin dekat. Jadi dalam usaha menyediakan makanan untuk isi rumah dan juga menghabiskan stok di dalam freezer, maka meroti lagilah Mak Aji. Kali ini alhamdulillah hasilnya lebih gebu berbanding sebelumnya. Berikut hasil meroti semalam:

Setengah kg tepung menghasilkan ban sebanyak ini.

Kali ini Mak Aji siapkan dohnya pada sebelah malam dan dek kerana mals menunggu doh proofing lama dan terpaksa tunggu untuk shaping dan sebagainya, maka sebaik sahaja doh siap diuli sebanyak 2 kali menggunakan fungsi 8 pada BM Cosway (rehat 30 minit antara 2 pusingan itu), Mak Aji terus masukkan doh ke dalam mangkuk dan masukkannya ke dalam peti ais (bukan freezer ya). Lihatkan rupa dohnya pada pagi esoknya - elok sahaja dia proofing dalam peti ais!:

Tidak usah tunggu-tunggu, masukkan sahaja ke dalam peti ais semalaman!

Pada mulanya Mak Aji ingin cuba menghasilkan roti berbentuk kelopak seperti yang dibuat menggunakan hot dog tetapi dek kerana hasilnya kurang cantik maka terpaksalah dilakukan pelan B - buat bentuk yang lebih mudah seperti berikut:

Di kiri bawah itulah kelopak yang tidak menjadi.
Ada yang berinti pes kacang merah, yang selainnya dibuat topping
cip coklat serta kacang.
Dek cuaca agak dingin kerana hujan, Mak Aji proofing roti di bawah
hangat lampu! Menjadi ya!
Dulang pertama siap!
Pagi-pagi bersarapan dengan ban panas-panas, sedap!!

Insya-Allah selepas ini akan dibiklin pula roti goreng serta kukus pula. Tungguuuu!!



8 comments:

- dieyana - said...

adududu, sedaknyo mak aji we..mari jual kat dbp lah...

Umm AA said...

assalam makji,
cantiknya roti makji tuh..pndai sungguh makji membuatnya..ingatkaninti coklat td..inti kacang merahpunsedapkan...nanti bolehlah maakji bukak bakery tuh..dah cam protuh...heheh

kakmonie said...

SALAM - GR Superbake - Golden Republic. Kat mana nak beli? sikit je pakai jenuh nak habiskan

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

He he, hai takdok kijoaanlah nok gi berjual roti kat sana tuh eh! Kalu nok raso keno maghi sinilah wei! Kalu berjual gak maroh Kak Lim puloklah!

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Buka doh bakeri kat rumah ni, pelanggan tetap anak beranak, he he! Juga jiran tetangga sebab sekali buat setengah kg, nak makan 3 org je! He he, prolah sangat! Kacang merah tu kami ni takleh makan banyak sangat, uric acid banyak, terasa kat kaki ni. Al-maklumlah, dah senja ni.

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

GR Superbake tu ada jual di Golden Republic di Bukit Jelutong, Shah Alam. U cuba cari laman FB dia, rasanya ada jual dengan pos tu! I beli 500gm je Superbake tu. Sekali pakai utk 500gm tepung cuma 5gm je, tu yang jenuh nak ngabiskan. Meroti ajelah kerjanya!!

nurbijen said...

Roti kukus? Mesti lagi lembut....
Sedap2 nampak roti Mak Aji... Untung Pak Aji boleh makan roti sedap sokmo...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Untuk info, percubaan buat roti kukus/pau gagal! Dia naik comey tapi bila turun kerut berut! Nak kena cari betul2 resepi pau. Rasanya tepungnya pun tepung lain, juga resepinya. Roti/ban lain alhamdulillah dah menjadi. FYI, Pak Ajilah pengkritik no. 1 - dia yang beri komen apa yang x kena kat mana2. Kalau pass je dia diam seribu bahasa, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...