As-salam.
Harap pembaca jangan jemulah ya! Asyik-asyik muat naik foto cucu dia saja! Apakan daya nenek ini memang suka melayan karenah anak dara kecil ini. Cukup seronok kami merakam fotonya! Berikut foto yang dirakam pada hari minggu:
Aleesya sudah enam bulan lebih usianya. Pantang melihat orang makan, semuanya mahu dimakannya juga. Gigi bawahnya baru tumbuh dua batang dan dek kerana itulah agaknya dia suka main bibir bawahnya - terasa pelik akan kehadiran giginya agaknya.
Semalam dia sibuk menarik-narik tudung pappunya (menantu Mak Aji - mak cik Aleesya), lantas disarunga terus tudung tersebut. Maka terhasillah foto-foto di atas!
Moga tudung insya-Allah akan terus menghiasi dirimu ketika besar nanti dan Tokma doakan Aleesya menjadi anak yang solehah, amin!!
7 comments:
amboii..bulatnya mata...bakal ustazah ni comel sgt..
Salam Kam,
Yalah, mata dia dulu kecik sikit, dah makin bulatlah pulak, he he!
Salam Mah,
Comeiii...dah pandai mesra kamera...I pun insyaAllah bulan Mei ni dpat la pangkat anugerah Illahi..hehe..nanti kecewi jugak kot...nak tanya you..tungku besi kat kl ni mana nak cari..
Salam Mah,
Comeiii...dah pandai mesra kamera...I pun insyaAllah bulan Mei ni dpat la pangkat anugerah Illahi..hehe..nanti kecewi jugak kot...nak tanya you..tungku besi kat kl ni mana nak cari..
Amin.... kalau saya pun geram tgk budak comel mcm Alesya ni.... mau asyik digomol jer dia... hihihi
Salam Wan,
Alhamdulillah, berita yang i pun dok tunggu2! Bertambah lagilah orang2 yang bergelar selain i ni! April ni insya-Allah i tambah cucu sorang lagi juga, Zhafran punya. Tungku besi setakat ni belumlah i pakai. Tak pastilah pulak kat mana. Kena tanya pak cik Google ni.
Salam Nur,
Memang Aleesya mangsa kena keroyok semua orang nak rumah ni! Yang balik kerja petang2, Aleesyalah yang mula2 dicari. Kalau dia xde memanglag sunyi rumah ni!
Post a Comment