Followers

Tuesday, 19 November 2013

Pak Aji's Heart Scare

As-salam.

Tengah hari semalam kami ke Hospital Ramsay Sime Darby Health Care di Ara Damansara untuk Pak Aji menjalani pemeriksaan jantung dengan pakar jantungnya, Datuk Setia Dr. Anuar Masduki yang pernah merawatnya pertama kali dia menghadapi masalah saluran jantung tersumbat pada tahun 2000 dahulu. Pak Aji telah dibedah oleh pakar bedah jantung, Dr. Razali Wathooth dan sebanyak lima pintasan dijalankan menggunakan salur darah di kedua-dua belah lengannya (salur darah di kaki di'simpan' dahulu untuk kegunaan pintasan kali kedua, jika perlu). Kedua-dua pakar jantung tersebut dahulunya bertugas di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan mereka berpindah ke hospital baru ini setelah dibuka di Ara Damansara. 

Pak Aji sejak beberapa hari lalu berasa kurang bertenaga, sering mengadu letih dan berasa sedikit sakit dada. Mak Aji agak risau juga sebab Mak Aji pernah diberitahu bahawa pembedahan pintasan jantung biasanya hanya mampu bertahan selama kurang lebih 10 tahun sahaja, bergantung pada cara hidup sihat dan makan minum yang terkawal. Pak Aji bukanlah berpantang sangat dari segi makan minum dan sejak kebelakangan ini jarang sekali mengeluarkan peluh. Setelah merisik kos pembedahan jantung, kami diberitahu bahawa kosnya sekitar RM60,000 sekarang. Pertama kali dahulu kos pembedahan serta angiogram yang dilakukan sebelum pembedahan memakan belanja sekitar RM45,000. 

Aleesya sempat tidur sementara menunggu Tokbah
membuat pemeriksaan jantung.
Setelah Pak Aji keluar dari bilik pakar jantung, dia dibawa ke bilik untuk menjalani ujian stres (naik treadmill). Alhamdulillah Pak Aji lulus ujian stres dan mampu bertahan hinggalah  tekanan darahnya (sistolik) mencapai 200! Setelah berjumpa balik pakar, Pak Aji keluar dengan senyum dari telinga ke telinga dengan muka penuh ceria! Pakar mengesahkan bahawa ada sedikit sumbatan pada pintasan yang dilakukan tetapi masih pada peringkat awal dan tiada apa yang harus dirisaukan!!

Setelah menyelesaikan bil, kami bertolak balik. Pak Aji dengan cerianya mengajak kami minum dahulu. Kami menyinggah di R&R di lebuhraya Guthrie dan sempat pekena sate Haji Samuri. Alhamdulillah Pak Aji sihat dan semoga sisa usia dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperoleh reda Allah SWT, insya-Allah!






8 comments:

Anonymous said...

Salam Mah
Alhamdulilah ..tak perlu melalui bilik pembedahan....amboi haih..la ni pi berjalan ada handbag dah...

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Alhamdulillah! U tahu kawan tu dok monyok dua tiga hari sebelum tu, memang takde mood utk apa2pun! Bila ok, punyalah lega dia!

Handbag berat wo, rasanya dah dekat 8kg dah! Petang tu dia geram takleh boh belon kat dalam mulut dia bertempik marah, bagai nak pecah spital tu. Tokbah dia dok solat kat surau pun dengar! I cepat2 dokong dia keluar sampai dok kat luar pintu depan! Semua orang pandang sapa yang suara punyalah kuat tu, he he!

Umm AA said...

Salam makji,
Alhamdulillah selamat dan tak perlu risau..suspen jugak pd mulanya..
inshaallah makji pun kena jgk tolong pakji kontrol pemakanannya kan after this inshaallah to keep healthy...
psstt..ajak2 lah pakji jenjalan gak pepagi petang yer to exercise..:)

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Memang bukan Pak Aji je monyok sebenarnya, Mak Aji pun! Kalau terpaksa operate lagi kami dah orientate diri agar reda ajalah. Mak Aji dah siap sebut kat anak2 kalau2 abah mereka kena go under the knife again! Memang kami makan banyak ikan dan ayam pun without kulit. Sesekali je makan daging, tapi kalau kambing, memang dia pantang, pantang tengok terus ngap! Insya-Allah lepas ni kena lebih kuat leter Mak Aji.
Kalau nak jalan kat luar tu macam tak kena je sebab Mak Aji dok kampung, lainlah kalau kat rumah lama di kawasan perumahan, ada jogging track. Itu yang beli treadmill tapi lebih banyak kumpul habuk daripada orang naik. Tapi kan, pagi ni Pak Aji lap habuk, terus naik dia seround, berpeluh sakan. Harap dia istiqamahlah nanti!

Aida Salleh said...

Alhamdulillah...semoga pak aji sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Akak pun jaga kesihatan tau...Jangan dok leter kat org sakit jer...akak pun pun kene leter diri sendiri...hehehehe....Semoga akak dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Alhamdulillah Da, memang kami berdua suspens aje hari tu. Yalah dik ooi, memang kami semua kena extra careful pasal makan. Amin Da, terima kasih!

QA's ~ mamapapa said...

Alhmdulillah. .pak aji masih gagah..ehehehe! Kena lbih brhati2 mungkin lps nikn..

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Alhamdulillah so far so good, sekarang dok sambung appointment dengan pakar yang sama - just to be on the safe side!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...