Followers

Wednesday, 28 November 2012

Telefon Masuk Air

As-salam.

Pada malam kami balik dari Kota Bharu pada minggu lepas, Pak Aji menyinggah untuk membeli durian untuk cucunya (durian lagi!!). Oleh sebab but belakang penuh dengan barang maka durian terpaksa diletak di kaki Mak Aji. Dalam kelam kabut membuka pintu kereta,  tas tangan Mak Aji yang berada di atas riba terjatuh ke tanah, terus bertabur isi dalamnya - dompet dan telefon bimbit dan lain-lain! Bahagian bawah telefon bimbit terkena air lopak! Bila dilap nampak tiada apa-apa tetapi apabila dicas baterinya, cas tidak masuk! Hati banyak susah!! 

Along pula mengapi-apikan Mak Aji supaya membeli Galaxy Note yang harganya sudah sedikit mampu beli. Jadi beberapa hari selepas itu kami keluar mencarinya di Subang Jaya - sebuah kedai yang menjual di Lelong.com. Kedai itu penuh dengan pelanggan! Harganya juga jauh lebih murah berbanding di kedai lain. Sudahnya Galaxy Note menjadi kepunyaanku! Mahu di trade-in Galaxy SII, boleh juga tetapi Mak Aji rasa Pak Aji boleh gunakannya setelah dibaiki. 

Setelah diperiksa dengan teliti rupa-rupanya bahagian bawah telefon Mak Aji sudah masuk air dan mula berkarat. Maka setelah membayar RM90 untuk alat ganti dan upah membetulkannya, telefon sudah elok seperti sedia kala.

Note di kiri dan tuan punya SII yang baru, Pak Aji - senyum dapat telefon baru!



5 comments:

monie said...

kadang-kadang tak terfikir tentang musibah sesuatu kejadian - untung dan manfaat utk Pak Aji...

Ummu Madihah said...

Sakam Monie,

lama x dengar berita, i cuba komen kat blog u, x bolehlah, kena tunggu u lihat dulu br keluar.

Betul tu, dalam musibah ada manfaatnya utk org tu, itu yg foto dia senyum sampai ke telinga, he he!

monie said...

Selepas beberapa percubaan yg cuba dibuat oleh Sue Kuching. Maka komen perlu dapat izin saya tetapi masalahnya saya pun tak tahu sampailah buka blog baru. Ni pun Adilah yg tolong buat(tak cerdik-cerdik)

Anonymous said...

Mah,berapa harga note 2 yg u dapat..I geram ngan anak I tu..suh sabar sat setidak tidaknya bagi masa 2 minggu ka,kut dpt harga rendah sikit..tak mau..nak juga juga masa baru keluar hari tu. Dia beli kat lowyat tu 2 ribu,tapi sekali casing.

Ummu Madihah said...

Salam wan,

Note tu ada dua versi. yg i beli yg paling mura, note I. Note I yg i beli yg kaler hitam, paling murah, yg mahal sikit kaler pink, yg paling mahal kaler putih. i juga beli yg AP, bukan yg original (bezanya AP kalau servis kene tempat beli tp yg ori kena servis kat Samsung tp harga byk beza). I beli RM1299, kat subang jaya, org ni jual kat Mudah.com. kedai dia penuh padat dgn pelanggan mcm dia beri brg free je! ada yg beli sampai 3, 4 biji sekaligus! along yg rekemen, dia biasa dgn staf kat situ dan biasa beli kat situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...