Followers

Friday, 9 November 2012

Ikan Masin RM40 Sekilo

As-salam.

Mak Aji biasa membeli ikan masin apabila balik kampung, terutama sekali kalau ke pasar Tok Bali. Biasanya Mak Aji simpan stok ikan masin tamban, gelama dan pelata. Harga sekilo pula tiadalah mahal sangat.

Tempoh hari kami ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu untuk membeli ikan bilis. Terjumpa pula ikan gelama yang kelihatan agak 'cantik' sebab nampak segar tanpa apa-apa kesan garam yang memutih. Apabila ditanya berapa harga, dijawab penjualnya, "RM40 sekilo!" Terkejut kami langsung ditanyakan mengapa begitu mahal. Kami diberitahu bahawa itu gelama sungai dan bukannya gelama laut. Lagipun ikan itu tidak masin dan perlu disimpan dalam freezer di rumah nanti. Teragak-agak juga kami untuk membelinya, namun Pak Aji ingin tahu sejauh mana istimewanya ikan masin itu. Lantas dibelinya setengah kilo. Ini rupanya ikan masin mahal itu:

Ikan masin gelama sungai.
Dari dekat.

Setelah mencubanya, pada Mak Ajilah, rasanya lebih kurang sama sahaja dengan ikan masin gelama yang biasa, cuma yang ini tidak perlu direndam air garam dahulu untuk menghilangkan garamnya. Lain kali boleh beli yang biasa sahajalah, tidak perlu membeli yang semahal itu!



2 comments:

- dieyana - said...

ha, sy pernah juga makan yang ini, mmng mahal, mak aji...ntah lah sy pun tk reti gelama sungai ke tak, yg diana tahu, makan aje..hehhe

Ummu Madihah said...

Salam.

Itulah, ingatkan rasanya patut jauh lebih sedap sebab harganya jauh lebih mahal, rupa-rupanya lebih kurang ajelah, lain kali x payah beli yg mahal, yg biasa pun dan cukup sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...