Followers

Saturday, 10 September 2011

Puasa Sebulan Raya Pun Sebulan

Masa balik raya kat kampung tempoh hari, ada orang yang benar-benar raya sakan - pengantin baharu!! Alif dan Yati, Selamat Pengantin Baharu - honeymoon yer!!  Mak Aji sampai betul-betul nak termuntah kerana bau gulai (dalam kereta) yang dibekalkan selepas kenduri kahwin. Semasa dalam tempoh lebih kurang seminggu tu, hampir hari-hari kenduri. Kak Long dan ahli keluarga lain ada yang sampai empat lima kenduri dalam sehari!! Mana nak boh banyak-banyak tu?? 

Bila balik KL pulak, bermulalah raya kat KL pulak! Hari minggu aje penuh juga open house dan juga kenduri kahwin. Pak Aji awal-awal pagi lagi mencari ayam untuk dibuat lauk hari minggu tapi tak sempat beli di tempat biasa - habis - kerana banyak sangat open house!!  Terpaksa beli kat tempat lain. 

Di ofis pun sama, ada  sahaja jamuan raya bahagian. Alamat ramailah yang makin 'berkembang makmur' sepanjang Syawal ni! Diet kira hancuss berderaii! Asyik-asyik nasi impit, rendang, lemang, masak lodeh, sate aje, apa kata open house tukar menu pulak - nasi kerabu ke, laksam ke,kebab ke,  nasi mandy ke, nasi khabsa ke, sup ekor ke, sup cendawan dengan roti perancis ke???

Sapa-sapa yang nak buat open house bolehlah fikir-fikirkan ya, jangan lupa jemput Mak Aji ya!!

Ni gambar raya kami sekeluarga:

Hanif, Firdaus Zhafran
Orang Lain sibuk bersalam Imran sibuk makan biskut raya
Along, Mak Aji, Madihah dan Imran
ALL IN THE FAMILY
Pak Aji, Mak Aji dan Cucu
Along dan Keluarga

5 comments:

MONIE said...

dari pagi sampai senja tadi MRR2 kereta banyak sangat. Sekitar 4.00 hantar anak ke Tmn Melewar, boleh pandu 20 kilometer sejam... Nanti jamuan bahagian kita buat roti perancis dan sup cendawan lah ye... kalau sejuk...!!! kut kembang tengkuk pula

Ummu Madihah said...

Marah Schummacher kalau bawa kereta 20 km sejam! Sup cendawan ngan roti Perancis sejuk takpa, microwave kan ada!?

Anonymous said...

Ish...kalau I jumpa anak-anak you di mana-mana, pasti tak kenal, kecuali Along!!! ASIAH

Ummu Madihah said...

Tulah, udah muda belia. Last weekend zhafran ngan hanif bawa girlfriend masing-masing ke rumah, saja nak kenal. Si boy aja yang masih single!

Anonymous said...

Tu boleh buat kenduri serentak tu ... Suruh Boy cari cepat2, selesaikan sekali gus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...