As-salam.
Dalam diam cucu Mak Aji sudah 9 bulan lebih usianya. Begitu cepat masa berlalu! Hadirnya Aleesya di rumah kami cukup menjadikan suasana cukup meriah dengan gelak tangisnya. Suasana senyap sunyi tanpa kehadirannya! Semakin hari semakin lasak dia. Begitu juga dengan manjanya. Sekarang kalau dia mengantuk, dia mahu dipeluk dan didodoikan sampai lena - maka menyanyilah Tokma ni! Kegemarannya - 'lagu' doa dhuha oleh UNIC.
Berikut beberapa foto Aleesya yang Mak Aji rakam pada petang ini sambil melayan telatah manjanya:
Gigi baru empat batang tapi semua yang kita makan dikeceknya juga! |
Nampak tidak pokok kelapa atas kepala Aleesya?? |
Manja sungguh cucu Tokma ni! |
4 comments:
Baru 9 bulan yer mak Aji? Gaya macam budak dah besar dgn senyuman cheeky tu...
Comelnya cucu Mak Aji..geram tengok
Salam Nur,
Ya Nur, baru 9 bulan lebih. Mak Aji jaga sejak dalam pantang hingga sekarang, macam anak sendiri! Anak dan menantu dok ngan Mak Aji. Seronok melayan keletahnya. Nak ambil foto kena pakai Fast burst kalau tidak tak sempat capture aksi dia! Yes, very cheeky girl indeed!
Salam Acik Erna,
Dia memang kesayangan kami, cukup manja. Satu2nya cucu perempuan itu yang manja lebih!
Post a Comment