As-salam.
Semalam kakak Mak Aji, Cik Ning menyinggah ke rumah Mak Aji dalam perjalanan balik ke KB. Kami makan tengah hari bersama-sama - cukup meriah sekali! Lauk cukup simple tetapi makan bertambah-tambah - lauk daging segar goreng, sayur bayam ditumis, ikan pekasam digoreng, telur dadar gebu serta ulam-ulaman dari laman (kacang panjang, ulam raja, cili api putih) yang dicicah budu. Cik Ning datang bersama-sama suami dan anak perempuannya serta suaminya dan juga anak kecil mereka, Mia.
Aleesya cucu Mak Aji dan Mia cucu Cik Ning dan beza umur mereka cuma sebulan. Mia lahir dahulu. Seronok melihat gelagat mereka. Aleesya agak lasak manakala Mia agak manja serta lemah lembut, juga sensitif. Semalam Mia asyik merengek kerana dia perasan yang mamanya gelakkannya - Aleesya pula kelihatan pelik melihatkan Mia menangis (kenapa Kak Mia ni nangis??) Lihatkan gelagat mereka:
Menangis , menangis juga, nak cium, cium juga! |
Hah, dah dapat cium! |
French kiss apa Mia!?? |
Begitulah gelagat dua pupu ini apabila bertemu! Gelak kami sekeluarga melihat gelagat mereka berdua!
6 comments:
cium molut
As-salam Petak Bunga,
He he, kat situ dia aim!
salam makji,
wah dah pandai cium2 dah depa nie yer...aleesya nampak matang dr usianya kan...
takper makji nanti kami balik kita jumpakan 2 anak dara sama besday lak yer..inshaallah...
Salam UAA,
Insya-Allah, tentu seronok kalau dapat kita temukan mereka ya! Mak Aji pun seronok juga dapat jumpa UAA!
Erk, budak2 baya Alisya mmg mcm tu kot... Danish baya2 Alesya pun suka aim kat situ... Tapi skrang dah pandai cium kat pipi bila dia jumpa baby...
Salam Nur,
Yalah agaknya! Mak Aji pun lupa sebab dah lama tak beranak kecik, he he!
Post a Comment