Followers

Friday 23 May 2014

Light Blueberry Cheese Cake

As-salam.

Dalam asyik share resepi kek dan masakan lain di FB agar tersimpan di timeline, sesekali Mak Aji masuk juga dapur untuk mencubanya. 

Entah apa angin, apa ribut, pagi-pagi lagi Pak Aji bertanya - "Ada kek ke?" Manalah ada sebab sehari dua ini agak sibuk dan dengan semalam puasa dan dengan melepeknya, mana ada kek yang dibuat. Memandangkan Pak Aji sudah teringin untuk makan kek, maka Mak Aji pun beleklah timeline dan usai solat Jumaat, Pak Aji dapatlah merasa cubaan pertama Mak Aji - Light blueberry cheese cake yang berikut:

Kek yang dihasilkan - please excuse the uneven surface - lesson learnt - pastikan anda ratakan permukaan dahulu sebelum memasukkan kek ke ketuhar!

LIGHT CHEESE CAKE.

Bahan2:

300ml susu segar
6 keping keju kraft(Mak Aji pakai 150gm cream cheese)
3 biji telur gred A (Mak Aji pakai 4 biji telur gred B)
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega
Blueberry filling secukupnya

Cara2:

Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

Sumber resepi: http://sue-hasue.blogspot.com/2010/04/light-blueberry-cheese-cake.html

Catatan: Resepi diambil secara bulat-bulat (tidak diedit terlebih dahulu!).

Peringatan: Pastikan bila anda picit filling tu, buatkan lubang kecil sebab kalau blob-blob (banyak) yang keluar, filling akan turun ke bawah sebab berat (thus the uneven surface on my cake!!). Oh ya, ratakan seboleh mungkin permukaan kek sebelum membakarnya agar permukaannya licin! 

Selamat mencuba! Tidak cuba rugilah sebab kek ini memang sedap. gebu gebasss!!






6 comments:

Kamsiah yusoff said...

Berblog guna tab ja mak ani..seksa.:-)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Alahai tak siap2 lagi ya! Dah nak beralih bulan dah ni! Mak Aji pernah cuba krn terpaksa juga berblog dgn i-Pad, memang payah, leceh sebab skrin kecik pun ya. Asyik silap je, boring betul. Padanlah pendeklah entri! Ibu Qistina tu kerja TM tau, tapi kat KL-lah. Mana tahu kalau dia boleh bantu??

nurbijen said...

Pak Aji dah mula rindu nak makan kek mak Aji la tu, kan?
Light cheesecake mmg gebu gebas.... tak muak sgt bila makan kan mak Aji?
Saya biasa buat yg plain jer.... Kalau buat, mmg kejap jer habis....

Kat rumah ni, Aisyah yg selalu request suruh buat kek... dia kurang makan nasi, suka makan buah dan kek ajer...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Pak Aji sebenarnya bukan peminat kek! Yang dia suka kek plain yang 'bodoh' tu atau kek pisang. Spaghetti tak suka tapi lasagna sangat suka padahal pakai meat sauce yg sama, he he! Mak Aji suka resepi ni sebab gulanya tak banyak dan kejunya pun x byk sangat jd xlah muak sangat. Yalah, kalau buat yg plain pun ok, sedap juga ni! Oh gitu pula gaya makan Aisyah, al-maklumlah the only girl, lain sikit ya. Kat rumah ni xde sangat org request tp Mak Aji yg saja nak cuba - a new-found hobby, buat kuih! Dulu x minat, dah pencen ni seronok pulak!

Umm AA said...

Salam makji,
wah pakji pun ade jugak teringin dia pepagi hari yer..selera kek lagi tuh...heheh..sib baik wife dia rajin nak melayan...mesti sodap giler tuh...:)

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Entah apa mimpi dia pepagi nakkan kek, dok kerobek peti ais tercari2, he he! Kesian pulak itu yg buat tu. Alhamdulillah sedap, boleh buat lagi nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...