Followers

Monday 28 April 2014

Siput-siputan

As-salam.

Kalau entri sebelum ini tentang kerang-kerangan, entri ini pula tentang siput-siputan - ada ke 'siput-siputan'?? Tak adalah weh, marah orang Dewan Bahasa! Maaf ya, bergurau sahaja tu!

Mak Aji mahu bercerita tentang siput sedut. Kalau di Kelantan, jika anda sebut siput yang dimakan, apa yang tergambar di kepala ialah yang serupa dengan yang ini:

Gulai lemak siput (sawah).
Sumber foto: http://trahzain.blogspot.com/2013/03/misteri-siput-sedut.html

Setelah bertahun-tahun merantau macam biasalah kadang-kadang teringat-ingat lauk-pauk dari kampung dan antara lainnya yang inilah. Maka Mak Aji pun keluarlah mencari siput sebegini rupa, namun tiadalah Mak Aji berjumpa dengannya! Rupa-rupanya orang KL tidak kenal dengan siput jenis ini. Siput sedut sini pula begini rupanya:

Gulai lemak siput juga!
Sumber foto: http://rohaisha.blogspot.com/2012/12/siput-sedutbelitung-masak-lemak-cili-api.html

Setelah berpuluh tahun dan bermastautin di rantau orang yang sudah dianggap kampung sendiri, Mak Aji tidak lagi berasa pelik dengan kedua-dua jenis siput. Kalau di sini, makan sahaja siput yang panjang ini. Kalau balik kampung pula makan pula siput sawah tu. Dari segi rasa Mak Aji lebih suka siput sawah. 

Melihat siput teringin pula hendak makan masak lemak siput. Daun kaduk sedia ada di laman untuk menjadi ramuannya. Jom kita beli siput, kita masak lemak ya!!



5 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tak pernah makan siput sawah tu mak aji.. pernah mkn siput sedut aje.. tengok menarik siput sawah tu ;)

Umm AA said...

salam makji,
sambilbaca sambil telan liur ..memang sedap kalau sekali sekala makan gulai sesedut nie..tambah2 ngan daun kadok sekali...aaahhh..nanti nak gie makan umah makji lah siput-siputan nie..:)

Ummu Madihah said...

Salam Nur Hayati,

Memang sedap siput ini. Mak Aji belum pernah terjumpa siput ini di tempat lain. Kalau berminat kena pergi Kelantanlah jawabnya!

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

He he berjaya Mak Aji buat UAA telan air liur ya! Nak makan siput ni kena kelik Kelate. Ada kawan sekolah Mak Aji buka kedai makan kat R&R Bukit Yong, on the right side nak ke Jerteh. Kedai makan dialah yang paling ramai orang kalau waktu makan tengah hari. Normah namanya! UAA mesti cuba. Dia memang jual gulai siput ni (kalau musim dialah. Sedap!! Kalau kat rumah Mak Aji kena makan siput sedut yang panjang itu ajelah!

nurbijen said...

Tak pernah pula makan siput panjang2 tu... Biasa makan yg siput sawah tu jer.. kalau bulan puasa, suka beli kat rasar ramadhan siput sedut gulai lemak tu... Anak2 saya belum pernah makan lagi siput-siputan ni.. Tak sabar pula nak ajar mereka cara sedut siput ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...