As-salam.
Malam tadi kami sekeluarga memanjatkan berbanyak-banyak syukur atas kelahiran anggota keluarga kami yang terbaru:
Bayi lelaki, cucu Mak Aji yang keempat! |
Anak pertama Zhafran dan Mida lahir (secara pembedahan) sekitar 8 lebih malam tadi setelah Mida (menantu) puas berusaha untuk melahirkannya secara normal.
Kami bertiga ke HUKM Cheras pagi semalam apabila Mida mengadu sakit sejam sekali. Kami sempat bersarapan dahulu sebelum itu. Sampai sahaja ke hospital, air ketuban dipecahkan. Kami mengharapkan bayi akan lahir tidak lama selepas itu, namun kami terpaksa tunggu sejak pagi hinggalah ke malam. Maka bertunggu tanggalah kami di hospital. di luar bilik bersalin.
Setelah puas berusaha doktor membuat keputusan agar pembedahan dilakukan kerana ditakuti bayi mula mengalami stres. Tidak lama setelah masuk ke OT, kedengan suara tangisan yang nyaring - cucu Mak Ajilah tu!!
Bayi lahir dengan berat 3.65 kg - boleh tahan beratnya walaupun mamanya cuma kecil saiznya!
Alhamdulillah dan tahniah Zhafran dan Mida atas kelahiran cahaya mata pertama. Mama doakan agar anak ini akan menjadi anak yang soleh yang bakal membahagian ibu ayahnya di dunia malahan juga di akhirat nanti, insya-Allah! Amin!!
4 comments:
Tahniah makji,rsnya cam br lagi makji cerita psl kaen zhafran..wah comel dan nampak cam dah besar yer ..nanti bolehlab bersaing ngan aleesya kan..mesti aleesya jeles tok ma ade kesayangan baru lagi..heheh
Salam UAA,
Ya betul tu, begitu cepat masa berlalu! Aleesya pun dah jadi kakak dah! Insya-Allah berpantang nanti di rumah maknya di Sabak Bernam. Naik kerja nanti dok kat sini baliklah sementara rumah mereka siap untuk diduduki dalam setahun lagi, insya-Allah.
Jangan dibuat khianat Aleesya kat baby sudah, he he!
3.65kg...besar dan tembam tu...saya paling berat pun 3.50 ja( anak ke 3 dan 4)
Salam Kam,
Boleh tahan beratnya cuma kalau tengok takdelah sebesar mana. Biasalah lelaki orang kata tulang berat. Aleesya dulu berat lebih kurang itu juga tapi memang nampak lagi tembam!
Aak2 sekarang Kam, cukup zat dan vitamin, tak macam kita2 dulu, berit sikit kata ore Kelate!
Post a Comment