Followers

Thursday 27 December 2012

Jom Gi Spa Murah!!

As-salam.
 
Mak Aji sebenarnya kurang tahu sangat tentang spa ini. Yang Mak Aji pernah cuba, panggil tukang urut yang bagus ke rumah, Mak Aji cuba cipta suasana spa di bilik tidur dengan memasang burner dengan menitikkan beberapa titik pati minyak lavender ke dalam mangkuk burner tersebut. Bau yang harum semerbak cukup menyelesakan dan menyamankan, apa lagi dengan merasa tangan-tangan memicit seluruh badan! Mak Aji terus tutup mata dan bayangkan diri diurut di spa, di Bali!!

Satu lagi pengalaman spa - Mak Aji pernah dibelanja oleh anak, Zhafran semasa menyambut ulang tahun beberapa tahun lepas (semasa bertugas di JB). Dia kirim duit beberapa ratus dan Mak Aji dapatkan pakej yang cukup-cukup dengan duit yang dikirim! Betapa seronok dan nyamannya bila badan dibelai begitu. Terasa cukup dihargai.

Ok, sekarang kita balik ke tajuk entri. Sebenarnya kalau di negara kita, tanpa kocek yang tebal, janganlah harap kita mampu memanjakan diri di spa, kecuali once in a blue moon sahaja. Lain pula halnya di seberang! Semasa Mak Aji di kota Pasuruan, Jawa Timur tempoh hari, Mak Aji, Cik Ning dan Madihah (sebagai penunjuk arah) berpeluang mencuba spa pada harga yang cukup luar biasa murah - cuba bayangkan pakej spa yang semurah 100,000 rupiah (sekitar kurang daripada RM40!!). 

Kami telah berkunjung ke Salon Yaya, sebuah salon yang menawarkan pakej Indonesia pada harga 100,000 rupiah, pakej Malaysia pada harga 150,000 rupiah dan harga pakej Arab pada harga 200,000 rupiah! 

Yang kami ambil, pakej Malaysia. Alasannya, sebab kami warga Malaysialah, he he! Pakej ini menawarkan 9 perkara iaitu urut, sauna, lulur, masker susu, manicure dan pedicure, berendam rempah (air panas), ratus (semacam bertangas), syampu rambut, rawatan rambut (letak vitamin). Tempoh masa keseluruhannya - 3 jam. Terasa diri umpama ratu dengan hanya membayar sekitar RM50!!! Mana hendak dapat sebegitu di tanah air kita???!!!

Oh ya, seperkara lagi, taukenya memberi kami minum secara gratis, secawan seorang, air temulawak yang diproses bersama-sama gula merah - sebabnya Mak Aji terlalu banyak angin, sendawa sepanjang-panjang 3 jam tersebut. Cik Ning juga mendapat manfaat, tempias daripada Mak Aji!

Setelah selesai, kami berjanji untuk berkunjung lagi bila berpeluang! Amacam, ada sesiapa nak ikut serta? he he!!


 

11 comments:

shilamuin said...

Mak aji murah nyer. Kat sini urut saja RM50 jangan harap la nak dapat sauna pedi medi cure bagai tu.

Anonymous said...

Salam Mah,I Naaaaaaaakkkk juga..jom! Jeles sungguh!

Ummu Madihah said...

Salam shilamuin'

Memang murah yang amat. Skrg mak aji kat kampung. Jap lagi sesi urut lagi sbb kat sini murah jugalah, urut serta tungku sekali RM50. Tumpang anak buah yg baru bersalin, he he! Layan diri lagi!

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Dah agak dah!! He he! Jom!!

Anonymous said...

Mah,tau takpe!hahaha...bila you nak ke sana lagi,jom kita buat outing ke situ pulak...menarik sungguh.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

belum tahu lagi, cuma kalau selepas bulan Julai nanti xleh dah sebab kena jaga cucu (Nadia isteri Hanif insya-Allah due bersalin nanti). Kena sebelum itu. Kita buat rombongan Cik Kiah ye! Be on a lookout for tiket murah ke Surabaya!

Anonymous said...

Wah,dah nak tambah cucu...tahniah. I will surely make myself free kalau jadi ke sana..and FYI..baru2 ni I minta izin kat Nasir nak pi Uzbek yg Trip kekawan tu..dia bagi dgn syarat ada kawan la..ingat nak pi sorang tapi bila pikir sat lagi org lain pi ngan husband bagai.. i nanti terkulat2 sorang..segan pulak. Ikut hati nak pi sangat. Nak get away katakan! Ok,rombongan cikKiah ke Surabaya n spa jawa

AsiahRSC said...

Oi, oi sahabat 2 orang ... kalau buat rombongan cik kiah tu hello, hello orang sini!!! :) Tapi murah betul kan. KAlaulah kat sini macam tu, tiap-tiap minggu boleh pergi spa ... semua mak-mak dara yang dah bersara ni jadi anak dara!!! hahaha

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

t kasih. Pembetulan, sblm bulan 6 sbb kakak i pun nak terima cucu baru bulan 6 nanti. Nanti dua2 kena tambat dek cucu! Dah 3 org dah dlm grup kita! Uzbek bunyi mcm syok je! i ni masalah Pak Aji x beri pergi ngan kawan. Dia suruh gi ngan dia je dan dia jenis x suka sgt jalan.

Ummu Madihah said...

Salam Siah,

he he, mak dara nak maintain body weh! Kena pulak yang murah, lagilah! Amacam, nak join?? I kalau boleh x nak ramai, max 4 org je, boleh jalan 1 kereta, mudah ke hulu ke hilir. Nak manage grup besar payah sikit. Kalau jagi genap genap grup kita!

AsiahRSC said...

Shimah, I nak jer kalau tak ada apa-apa hal yang penting tinggal ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...