As-salam.
Mak Aji balik lagi ke kampung pada hari Khamis lepas untuk majlis akad nikah dan majlis kahwin adik, Nor Amalina di Pasir Puteh, Kelantan. Majlis yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di dewan terpaksa dipindahkan ke rumah sekitar tiga hari sebelum majlis kerana Sultan Kelantan berangkat ke Pasir Puteh (di dewan tersebut) pada tarikh yang sama - apa lagi, kelam kabutlah persediaan!
Apapun, majlis akad nikah dan majlis kenduri alhamdulillah berjalan lancar seperti yang dirancang. Berikut foto sekitar majlis akad nikah yang disempurnakan di masjid di Taman Seri Aman 2, Pasir Puteh:
|
Sebaik sampai di masjid. |
|
Ibu dan adik pengantin lelaki. |
|
Menunggu majlis akad bermula. |
|
Syaida, Nor, Cik Ning. |
|
Keluarga yang mengiringi semasa majlis. |
|
|
Irfan sedang khusyuk mendengar khutbah nikah - selepas ini giliran aku pula!! |
|
Aku nikahkan engkau dengan Nor Amalina ......... |
|
|
|
|
|
Sah???? |
|
Ibu pengantin lelaki dan perempuan merupakan kawan baik. |
|
Ibu pengantin perempuan, Su, Nor dan Cik Ning. |
Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah, maka bergelarlah mereka suami isteri! Semoga sentiasa diberkati Allah!
No comments:
Post a Comment