Followers

Tuesday 18 June 2013

Aye (ayam) Percik Mak Aji

As-salam.

Lauk untuk tengah hari ini, ayam percik, atas permintaan anak-anak yang memang sukakan menu ini. Apabila diperiksa dan didapati arang sudah habis, Pak Aji suruh Mak Aji gunakan magic pan sahaja. Malaslah pula mahu dikeluarkan pemanggang elektrik kalau sekadar untuk memasak seekor ayam sahaja - (tidak berbaloi membasuh dan menyimpannya semula, lainlah kalau barbeku beberapa ekor ayam!) 

Makanya, ayam percik kali ini paling ringkas kerana menggunakan magic pan sahaja ya! Mahu Mak Aji kongsikan resepinya? Ini dia versi Mak Aji yang tidak terasa manis seperti ayam percik Yatie di Kota Bharu, pun bukan yang berkuah merah seperti di pasar malam. Kami suka, mungkin anda juga suka!

Bahan-bahannya:

Seekor ayam bersaiz sederhana dipotong 4 bahagian (dibuang kulit serta lemaknya dan dikelar)
bawang merah 10 ulas
bawang putih 3 ulas
separuh sudu kecil serbuk jintan putih
1 cm halia
santan pekat daripada sebiji kelapa
tiga perempat sudu kecil asam jawa (tanpa biji)
1 sudu besar tepung jagung (untuk pekatkan kuah) 
garam
secubit gula (sebagai ganti ajinomoto)

Cara-caranya:

1. Tumbuk halia, masukkan serbuk jintan putih, 2 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, garam. Gunakan bahan tumbuk ini untuk perapkan ayam untuk seketika.

2. Kukus ayam sampai tiga suku masak (air ayam boleh disimpan untuk menjadi perasa bila masak sayur). 

3. Sambil ayam dikukus, perah santan dan tuangkan ke dalam kuali. Tumbuk 6 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan asam jawa, garam dan secubit gula. Bancuh tepung gamdum dengan sedikit santan tadi. Masukkan air asam jawa tadi. Panaskan kuali dan masak hingga menggelegak (jangan sampai pecah minyak). Kacau sentiasa hingga pekat. Simpan sebahagian kuah di dalam mangkuk untuk dihidangkan bersama-sama ayam percik dan sebahagian lagi untuk disiram keatas ayam. 

4. Keluarkan magic pan dan bakar ayam sekitar 5 minit untuk menampakkan kesan bakar pada ayam dan sehingga ayam masak sepenuhnya. 

5. Curahkan kuah percik ke atas ayam. Balik-balikkan beberapa kali sambil mencurah kuahnya beberapa kali.

6.Angkat dan hidangkan bersama-sama kuah tadi (anak-anak suka kuahnya dimakan dengan nasi).

Aye percik yang dipangge denga magic pan! (ayam percik yang dipanggang dengan magic pan).

Catatan: Resepi ini tinggalan arwah ibu Mak Aji, cuma Mak Aji tambah tepung jagung (arwah ibu Mak Aji tidak menggunakannya).



4 comments:

Aida Salleh said...

kak, saya pun suuuuuuka ayam percik terutamanya ayam percik Kelantan....kalau gi Kelantan mesti carik punya...kalau bulan ramadhan mmg menjadi antara menu wajib masa berbuka puasa...sedappppp....

- dieyana - said...

mak aji, dieyana pun suka aye percik ni..bln poso ni gak tuk laki la tulung buat, bini buat tok sedak..kih3... ada pemanggang ajaib tu, buleh la nk buat guna resepi mk aji pulop

Ummu Madihah said...

Salam Da dan Dieyana,

Awak berdua samalah ngan anak-anak kat rumah ni, semua hantu percik! Kalau silap gaya kat Kelantan tu rasanya ada manis sikit (seperti juga lauk-lauk lain). Versi ni x manis, sedang elok untuk selera org KL.

Ada pemanggang ni memang mudah buat berbanding guna dapur arang, apalagi kalau dok apartment. Mak Aji dok kampung takpe, malah nak buat camp-fire pun boleh aja, he he!

Tengok percik je ingat bulan puasa. Sebabnya, asal puasa je nak makan aye percik, he he! Nafsu, nafsu!

QA's ~ mamapapa said...

sedapnya mak aji!!!!terkenanng ayam percik my MIL :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...