Followers

Wednesday 7 November 2012

Aksi Penari Bhangra

As-salam.

Semasa kami di Skudai, Naufal, cucu sulung Mak Aji dilatih oleh guru tadikanya sebagai salah seorang penari Bhangra untuk persembahan konsert graduasi tahunannya. Penari lain semuanya bakal masuk ke sekolah sesi hadapan manakala Naufal belum tiba waktunya lagi. Dek kerana saiz badannya yang 'sedap', maka dia terpilih. Berikut aksi istimewanya untuk Mak Aji:

Pagar depan sudah runtuh!!
Aksi bersimpuh lagi.
Aksi penyudah.

Aksi ini dirakam di rumah adik Pak Aji di Taman Molek, JB. Kami makan tengah hari berlaukkan gulai itik kegemaran Pak Aji! - terima kasih banyak-banyak atas jemputan Ma dan Halim!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...